/Blackpink terima kecaman kerana terlewat hadir ke dalam majlis bersama David Beckham di Korea

Blackpink terima kecaman kerana terlewat hadir ke dalam majlis bersama David Beckham di Korea

Kelewatan Blackpink ke majlis sambutan ulangtahun ke-70 Adidas bersama David Beckham sempena hari Hangeul mendapat kecaman beberapa media Korea hari ini, menurut laporan IS Plus dan MK Sports.

Majlis tersebut yang dijadualkan bermula sekitar tengah hari tadi berlangsung terlebih dahulu tanpa kehadiran Blackpink. Blackpink yang dijangka sepatutnya tiba pada jam 11:55 pagi KST disambut oleh David Beckham dua puluh minit kemudian untuk sesi pertemuan bersama peminat. Berdasarkan laporan portal sport seoul pula, kelewatan mereka berpunca daripada kesesakan lalu lintas di luar.

Bagaimanapun, majlis tetap berjalan dengan lancar dengan kedua-dua David Beckham dan Blackpink bergambar bersama-sama. Turut sama akan menyertai majlis tersebut kemudian ialah Song Mino WINNER dan CL.

Sumber: MK Sports, IS Plus, sport seoul

Komentar

comments

loading...