/Lee Byung Hun, Han Ji Min, Nam Joo Hyuk, Shin Min Ah, Bae Sung Woo setuju bintangi drama Noh Hee Kyung

Lee Byung Hun, Han Ji Min, Nam Joo Hyuk, Shin Min Ah, Bae Sung Woo setuju bintangi drama Noh Hee Kyung

Wah, akhirnya barisan pelakon-pelakon hebat ini telah bersetuju untuk membintangi drama terbaru Noh Hee Kyung

Pada 8 Oktober,  Lee Byung Hun, Han Ji Min, Shin Min Ah, Bae Sung Woo, dan Nam Joo Hyuk telah menyatakan persetujuan mereka menerima tawaran membintangi drama “HERE” (tajuk kerja).

Drama terbaru projek Noh Hee Kyung ini dilaporkan berkisarkan tentang aktiviti-aktiviti bantuan yang seringkali dilakukan oleh oleh mereka yang terbabit di dalam “Non-Governmental Organizations (NGO)” dalam menghulurkannya kepada orang yang memerlukan sehingga ke peringkat antarabangsa. Bagaimanapun, tiada maklumat terkini mengenai drama diperolehi setakat ini.

Penonton nampaknya tidak sabar menantikan drama ini kerana dibarisi oleh ramai pelakon yang hebat serta bekerjasama dengan penulis skrip yang juga hebat, Noh Hee Kyung. Penulis skrip Noh Hee Kyung adalah individu yang bertanggungjawab untuk beberapa drama hit antaranya  tvN “Live” (2018),  SBS “It’s Okay, That’s Love” (2014) dan SBS “That Winter, The Wind Blows” (2013). Jadi, rasanya memang berbaloi menantikan drama ini.

 “HERE” dijadualkan akan memulakan pengambaran pada tahun 2020.

Sumber : Heraldpop | YTN

Komentar

comments

loading...