/Hwang Minhyun NU’EST jadi tetamu rancangan “The Return of Superman”

Hwang Minhyun NU’EST jadi tetamu rancangan “The Return of Superman”

Ahli kumpulan NU’EST, Hwang Minhyun akan diundang sebagai tetamu bagi rancangan kesukaan ramai “The Return of Superman”.

Pada 8 Oktober, sumber dari rancangan realiti popular KBS memberitahu Newsen, “Hwang Minhyun akan ambil bahagian dalam pengambaran rancangan “The Return of Superman” hari ini. Dia akan menjalani pengambaran bersama anak kepada Hong Kyung Min, Rawon.” Bagaimanapun, mereka turut menjelaskan bahawa tarikh penyiaran episode tersebut masih belum ditentukan.

“The Return of Superman” adalah sebuah rancangan yang mengikuti kehidupan selebriti yang bergelar bapa di mana si bapa akan menjaga anak-anak mereka manakala si isteri akan mengambil cuti buat seketika. Salah sebuah keluarga yang menyertai rancangan ini adalah penyanyi Hong Kyung Min serta dua anak perempuannya Rawon dan Raim.

NU’EST akan buat kemunculan semula pada 21 Oktober dengan mini album ketujuh mereka “The Table,” dan buat masa kini, Minhyun terlibat dengan pementasan muzikal  Minhyun “Marie Antoinette.”

Buat peminat Minhyun dan NU’EST, jangan lupa untuk saksikan bagaimana Minhyun menguruskan kanak-kanak.

Sumber : Newsen

Komentar

comments

loading...