/Suspek utama Hwaseong, mengaku bersalah rogol & bunuh lebih 9 orang wanita pada tahun 1980-an

Suspek utama Hwaseong, mengaku bersalah rogol & bunuh lebih 9 orang wanita pada tahun 1980-an

Lee Chun Jae, suspek utama pembunuhan bersiri Hwaseong akhirnya mengaku bersalah membunuh lebih 9 orang wanita pada tahun 1980-an dan lima lagi pembunuhan tak berkaitan dengan Hwaseong.

Menurut laporan Yonhap News, Lee Chun Jae (58 tahun) yang kini berada dalam penjara kerana menjalani hukuman membunuh adik iparnya pada tahun 1994, membuat pengakuan bersalah setelah bukti DNA positif menunjukkan dia melakukan pembunuhan dalam sekurang-kurangnya empat kes pembunuhan bersiri Hwaseong.

Tambahan lagi, Lee Chun Jae juga mendakwa telah melakukan lebih 30 lagi serangan seksual yang tak dapat diklasifikasikan oleh polis lagi buat masa ini.  Lee Chun Jae dikatakan melakukan kesemua pembunuh bersiri Hwaseong disenaraikan kecuali satu pembunuhan ‘copycat’ yang dilakukan oleh orang lain, sebaik saja pulang daripada menjalani latihan khidmat negara pada tahun 1986.  “Dia akhirnya telah berubah hati (membuat pengakuan) selepas pakar profiler jenayah menemuinya sebanyak 9 kali. Kami masih cuba untuk menyingkap memori silamnya tentang tarikh, tempat dan bagaimana dia melakukannya, ” kata seorang polis senior tersebut.

Baca lagi: Suspek pembunuhan bersiri Hwaseong yang paling teruk dalam sejarah Korea, akhirnya berjaya ditemui setelah 30 tahun

Walaubagaimanapun, berdasarkan Kod Prosedur Jenayah sewaktu pembunuhan bersiri Hwaseong itu dilakukan, had tempoh penyiasatan (“statute of limitations”) dibenarkan adalah sehingga tahun 2006 saja mengikut tarikh mangsa yang terakhir ditemui. Polis cuba memanjangkan penyiasatan untuk menyelesaikan kes pembunuhan bersiri tersebut tetapi gagal untuk berbuat demikian. Lee Chun Jae juga tidak akan menghadapi perbicaraan di mahkamah melainkan parlimen di Korea bersidang untuk menggubalkan undang-undang bagi melewatkan tempoh had penyiasatan tersebut.

Dalam perkembangan lain, beberapa keluarga mangsa merayu tindakan kerajaan untuk menghukum Lee Eun Jae sepenuhnya. “Saya masih ingat bagaimana anak kami diperlakukan dengan tangannya terikat. Kami tak boleh memaafkannya. Kami hanya mahu dia dihukum. Sehinggakan pada masa itu, sesiapa saja berjalan ke kampung merasakan anak mereka dibunuh lagi,” kata beberapa orang keluarga mangsa yang dihubungi oleh wartawan.

Sumber: yonhap news , kmib

TAGS:

Komentar

comments

loading...