/“Vagabond” , “Beautiful Love Wonderful Life” dan “Golden Life” catat peningkatan serta kuasai tayangan drama hujung minggu

“Vagabond” , “Beautiful Love Wonderful Life” dan “Golden Life” catat peningkatan serta kuasai tayangan drama hujung minggu

Siapa yang menonton drama MBC “Golden Garden”? Drama yang penuh aksi, suspen dan romantik. Nampaknya, drama ini semakin mendapat perhatian penonton sehinggakan rating tontonannya meningkat naik.

Menurut data Nielsen Korea, pada episode untuk tayangan 5 Oktober, drama misteri dan romantis itu telah mencapai tahap rating tertinggi sepanjang penayangannya. Terbaru “Golden Garden” berjaya mencatatkan purata tontonan sebanyak 6.6 %, 9.3 %, dan 9.6 % untuk tiga bahagian dan melonjak naik sehingga 10.2 % di bandar Metropolitan Seoul.

Drama hujung minggu terbaru KBS 2TV “Beautiful Love Wonderful Life” nampaknya berjaya menempatkan drama itu sebagai drama yang paling ditonton pada waktu slot tersebut sehingga merekodkan tontonan purata sebanyak 18.5 % dan 20.7 % diseluruh Korea.

Manakala drama SBS “Vagabond” pula mengekalkan kedudukan rating tontonan drama dengan mencatatkan purta tontonan diseluruh Korea sebanyak tu 7.2 %, 10 % dan 11.3 % untuk 3 bahagian. for its three parts. Drama penuh aksi thriller ini semakin memuncak pabila mencapai 13.2 % tontonan di bandar Metropolitan Seoul sehingga penghujung drama itu.

Drama baru JTBC yang bertemakan sejarah “My Country” telah mengalami sedikit peningkatan tontonan pada episode keduanya pada 5 Oktober dan merekodkan purata tontonan sebanyak 3.8 percent diseluruh Korea. “My Country” merekodkan purata tontonan 3.5% pada episode pertamanya pada 4 Oktober.

Akhir sekali, drama rom-com tvN  “Melting Me Softly” masih lagi kekal dengan purata tontonan sebanyak 3.2 % dan meningkat kepada 4.0 % pada kemuncaknya. Manakala drama thriller OCN “Strangers from Hell” yang menyiarkan episode terakhirnya semalam berjaya merekodkan purata tontonan sebanyak 2.4%.

Drama hujung minggu yang mana jadi tontonan korang? Sebelum itu, jom saksikan video comel pelakon “Vagabond” Lee Seung Gi dan Suzy menghadapi cabaran dalam Slang popular dikalangan rakyat Malaysia

Sumber : Nielsen | Hankyung | Newsen | mydaily | enews

Komentar

comments

loading...