/Alvin Chong akan berkongsi pentas bersama WINNER, Eric Nam, April dan ramai lagi di 2019 Asia Song Festival

Alvin Chong akan berkongsi pentas bersama WINNER, Eric Nam, April dan ramai lagi di 2019 Asia Song Festival

Alvin Chong telah diundang untuk membuat persembahan di acara berprestij iaitu 2019 Asia Song Festival di Korea Selatan pada Oktober ini. in South Korea in OCTOBER. Alvin yang seorang multi-talented akan berkongsi pentas disamping  WINNER, Eric Nam, April dari Korea Selatan,  VCT dari Vietnam, Jannine Weigel dari Thailand, BRWN dari Filipina dan  Dami Im dari Australia. Wah, hebatnya Alvin!

Alvin merupakan selebriti Malaysia ke-4 yang telah diberi penghormatan untuk membuat persembahan di Asia Song Festival sejak ia bermula pada tahun 2004.since it began in 2004.  Terdahulu Rynn Lim (2008), Michael Wong (2010), dan Asmidar (2017) telahpun membuat persembahan mereka di pentas Asia Song Festival.

“Ia sememangnya satu penghormatan dan sangat istimewa buat saya kerana telah diundang untuk membuat persembahan di Asia Song Festival,” jelas Alvin. “Saya telah lama mengimpikan untuk membuat persembahan di atas pentas Asia Song Festival sejak kali pertama saya mendengarnya beberapa tahun lepas, namun impian saya tidak menjadi kenyataan ketika itu.”

“Sejak saya debut sebagai artis, saya seringkali dipengaruhi dengan elemen muzik K-Pop, dan pernah menyaksikan persemabahan artis-artis K-Pop secara langsung seperti  Big Bang, 2NE1, EXO, BLACKPINK dan NU’EST. Showmanship mereka memang luarbiasa dan persembahan mereka tidak pernah menghampakan sehinggakan memberi inspirasi kepada saya bagaimana mahu mempamerkan persembahan saya pada masa akan datang. Secara jujurnya, saya masih lagi tidak percaya bahawa saya akan buat persembahan di ASF tahun ini!”, tambah Alvin lagi.

Alvin, yang kini dalam proses untuk menghasilkan single terbarunya dalam Bahasa Melayu, turut sibuk dengan projek terbarunya iaitu, filem sempena Tahun Baru Cina bertajuk ‘Men In Red’, di mana dijadulkan untuk tayangan tahun depan. Biarpun jadualnya padat, Alvin Chong yang penuh dengan cita-cita ini juga akan turut membintangi web siri XUAN, yang akan mula ditayangkan November depan.

 

 

2019 Asia Song Festival, yang berlangsung pada 11 Oktober selama dua hari di Stadium Kompleks Ulsan, juga akan menampilkan pelbagai persembahan hebat dari artis-artis terkenal antaranya SF9, Stray Kids, UV, AB6IX dan ITZY. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai festival ini,sila log masuk www.2019asf.com.

Untuk Alvin, selamat maju jaya. Semoga dapat memberikan persembahan yang teristimewa. Malaysia boleh, Alvin pun tentu boleh!

Komentar

comments

loading...