/Ong Seung Wu diangkat sebagai pemenang Best Rookie Actor untuk Anugerah Korea Drama 2019

Ong Seung Wu diangkat sebagai pemenang Best Rookie Actor untuk Anugerah Korea Drama 2019

Lakonan ‘debut’ Ong Seung Wu di dalam drama jtbc Moment of Eighteen telah diiktiraf oleh panel juri Anugerah Drama Korea 2019 (Korean Drama Awards)  untuk diangkat sebagai pemenang Best Rookie Actor.

Ong Seung Wu telah dipilih mengatasi nama-nama pelakon muda berbakat lain seperti Ahn Hyo Seop (“Abyss”), Choi Sung Jae (“Liver or Die“), dan Kim Myung Soo, L (“Angel’s Last Mission: Love”) di dalam pencalonan yang sama. Ong Seung Wu mengiringi kejayaan rakannya daripada label yang sama, Fantagio, iaitu Cha Eun Woo ASTRO yang turut meraih anugerah yang sama pada tahun lepas.

Kemenangan Ong Seung Wu tidaklah menghairankan setelah beliau mendapat pujian menggunung media Korea atas lakonan yang penuh ikhlas ditonjolkannya di dalam drama tersebut. Moga dengan kemenangan ini, ia memberikan bonus buat bekas ahli Wanna One ini untuk menceburkan diri lebih kerap di dalam bidang lakonan lagi selepas ini.

Sumber: mydaily

Komentar

comments

loading...