/Peguam jamin ‘ranking’ sebenar finalis X1 akan didedahkan; peminat tetap beri sokongan padu pada ahli X1 sedia ada

Peguam jamin ‘ranking’ sebenar finalis X1 akan didedahkan; peminat tetap beri sokongan padu pada ahli X1 sedia ada

Seorang peguam yang pernah memfailkan saman terhadap program realiti Produce X101 hari ini, mendakwa keputusan ‘ranking’ sebenar finalis yang debut sebagai X1 akan didedahkan tak lama saja lagi.

Encik Kim Jong-hui daripada agensi guaman Mast, seperti dilaporkan oleh akhbar Sport Chosun dan TV Report hari ini, berkata, “Ya betul. Kita sudah sedia maklum bahawa polis telah pun menjalankan serbuan terhadap agensi yang mempunyai pelatihnya yang dituduh telah mengganggu kerja dan mendapat manfaat daripada perubahan ‘ranking’ “.

Sambungnya lagi, “Bukan syak wasangka lagi wujudkan gangguan (manipulasi undian), dan jika berlakunya rasuah antara Mnet dengan syarikat agensi terbabit, kamu boleh minta pampasan terus.”

“Sekarang sudah pun jelas ‘ranking’ telah berubah, dan apa-apa urusan antara Mnet dan anggota gabungannya (merujuk kepada Swing Entertainment yang kini sedang menguruskan X1) bakal jadi masalah pada masa depan. Adakah ada manfaat besar yang diperolehi daripada pertukaran wang tersebut? Apapun, saya jamin ‘ranking’ sebenar finalis X1 akan didedahkan,” katanya lagi.

Pada tengah hari tadi, beberapa buah portal media melaporkan polis telah menjalankan serbuan terhadap Mnet, Woolim, MBK dan Starship Entertainment bagi menyiasat tentang manipulasi undian serta wujudnya rasuah bagi membolehkan pelatih-pelatih di bawah jagaan mereka mendapat tempat di dalam barisan akhir X1.

Sementara itu, sebilangan peminat dalam kalangan pengguna twitter tetap memberikan sokongan padu terhadap ahli sedia ada X1. Kata mereka, program realiti Produce X101 hanyalah sekadar batu loncatan untuk mereka disatukan sebagai X1 dan tak perlu dipisahkan lagi. Spekulasi bahawa Kang Minhee sebagai salah seorang pelatih yang mendapat manfaat tersebut, turut dititipkan sebagai sokongan di dalam tanda pagar #HereforMinhee dan #WeLoveX1 yang dimuatnaikkan.

Sumber: tv report , sports chosun

Komentar

comments

loading...