/[Review] Kunjungi S(E)OUL OUT untuk hidangan Korea yang lazat dan persekitaran yang cukup mendamaikan

[Review] Kunjungi S(E)OUL OUT untuk hidangan Korea yang lazat dan persekitaran yang cukup mendamaikan

Annyeong guys,

Kali ini team KMania nak berkongsi mengenai sebuah restoran hidangan Korea yang kami telah kunjungi Sabtu lepas. S(E)OUL OUT yang baru sahaja dua bulan beroperasi ini terletak  di Medan Connaught dengan menyediakan pelbagai hidangan Korea dengan harga yang berpatutan. Walaupun terletak dipersekitaran yang boleh dikatakan sedang membangun, jangan risau, ianya mudah untuk dijumpai. Dengan menggunakan MRT, kami hanya perlu berhenti distesen Taman Connaught dan mengambil perkhidmatan grab yang berharga RM6 untuk ke S(E)OUL OUT. Restoran ini mula beroperasi dari 12.00 tengah hari sehingga jam 10 malam

Penulis rasa, ramai kelab peminat K-Pop sudahpun mengetahui akan kewujudan restoran ini. Ramai diantara mereka memilih S(E)OUL OUT untuk aktiviti kelab masing-masing. Bukan sahaja peminat K-Pop, bahkan ramai juga yang menjadikan restoran ini sebagai medium untuk berkumpul bersama kawan-kawan serta keluarga sambil menikmati hidangan Korea yang pelbagai pilihan.Pendek kata, S(E)OUL OUT tidak pernah sepi dengan aktiviti-aktiviti yang kebiasaannya telah ditempah awal oleh para pelanggan.  Dengan ruang yang cukup selesa serta mendamaikan, fasiliti yang baik dan dilengkapi dengan hiburan dari muzik-muzik video artis K-Pop ia seakan pakej lengkap sebuah restoran makanan Korea.

Sebelum bercerita lanjut tentang makanan, pasti ramai yang ingin mengetahui tentang status restoran ini. Jangan risau kawan-kawan, para pekerja dan tukang masak semuanya terdiri daripada mereka yang dilatih dan beragama islam. Bahkan, yang penting bahan pemprosesan serta penyediaan makanan telah mendapat pensijilan halal. (Penulis sendiri telah melihat sijil-sijil tersebut, dan bukannya sebaliknya). Selain itu, pemilik restoran S(E)OUL OUT ini En.Wayne Loke memang mempunyai pengalaman dalam masakan Korea dan pengurusan restoran. Jadi, jangan risau tentang kualiti makanan dan servis mereka.

Baiklah, penulis dan rakan-rakan sememangnya mempunyai tekak antarabangsa, terutama makanan Korea. Kalau dilihat pada menu, memang kami ingin memesan kesemuanya. Namun, pada peringkat awal, kami meminta salah seorang pekerja S(E)OUL OUT untuk mencadangkan kepada kami hidangan yang sering dipesan oleh pelanggan atau bahasa lain nya  ‘must try’. Jadi kami telah memesan hidangan seperti berikut :

Bibimbap Bulgogi

Jjamppong [ Korean Spicy Seafood Noodle Soup. Nota : agak pedas, tapi memang sedap]
Potato Noodle. [ Yang ini kami recommended sebab, ini kedai makanan Korea pertama kami jumpa yang menghidangkan Potato Noodle. Nota : sesuai dimakan oleh pelbagai lapisan umur, sebab non-spicy]
https://www.youtube.com/watch?v=kY4VaYCBLrE

Chicken Garlic Soy
Chicken Sweet & Spicy [ Nota : quite spicy guys]

Bila dah disajikan makanan yang berat, sarat dengan pelbagai perasa dan bahan, terutamanya sajian yang agak pedas, jangan risau, semuanya akan kembali ok dengan memesan pencuci mulut (dessert) ataupun bingsoo.

Bingsoo Watermelon & Melon [Serious, memang sedap]
Bingsoo Mango [Pun sedap, dah cuba sekali memang akan pesan lagi]

Kesimpulannya, makanan yang disajikan di S(E)OUL OUT memang enak dan tidak rugi untuk korang berkunjung ke mari untuk menikmati hidangan asli Korea. Kami sememangnya berpuas hati dengan makanan, layanan, persekitaran restoran,  fasiliti serta pemilik dan para pekerja yang sangat ramah. Terima kasih kami ucapkan dan sememangnya kami pasti akan kembali!

Mrs. Apple bersama sebahagian pekerjanya

Oleh itu, para penggemar makanan Korea dan mencari tempat untuk berkumpul bersama teman-teman, sila kunjungi S(E)OUL OUT. Mereka pasti akan memberikan yang terbaik untuk para pelanggan. Jika korang berminat nak mengadakan sebarang aktiviti di S(E)OUL OUT, dan untuk sebarang  maklumat, korang boleh follow mereka di

S(E)OUL OUT SNS

Facebook
Twitter
Instagram

Komentar

comments

loading...