/Jay Kim, artis Kpop pertama memeluk Islam di bumi Korea

Jay Kim, artis Kpop pertama memeluk Islam di bumi Korea

Jay Kim, selebriti popular kelahiran Korea yang dikenali dengan pengisian tentang budaya Islam di Korea dan interaksinya bersama penganut Islam di Korea, telah mengambil keputusan hari ini untuk memeluk Islam.

Beliau membuat keputusan tersebut dengan mengucapkan syahadah (ritual agama Islam yang lazimnya dilakukan oleh bakal mualaf) di depan imam masjid di Seoul dengan menukar nama daripada Kim Jae Han (Jay Kim) kepada Daud Kim bermula hari ini. Sebelum ini, beliau pernah menyuarakan keinginannya untuk memeluk Islam tetapi keberatan untuk melakukannya disebabkan ibunya masih menentang hasratnya itu. Jay Kim menganut agama Kristian Katolik sebelum menjadi mualaf.

Dipetik daripada Halal Travel.

Bercakap tentang kariernya sebagai selebriti sebelum berjinak-jinak sebagai Youtuber, Kim Jae Han terlebih dahulu bergiat aktif dalam bidang nyanyian dan pernah menghasilkan dua mini album di bawah agensi kelolaan Korea, Media Bridge, sekaligus menjadikan beliau secara teknikal sebagai artis Kpop kelahiran Korea pertama memeluk Islam di bumi Korea tersebut. Tahniah diucapkan buat Daud Kim! Moga beliau redha dengan pilihan yang beliau lakukan ini.

Sumber: mediabrige, Youtube 

Komentar

comments

loading...