/[Edisi netizen] Mirip dengan Kwak Do Yeon, gadis Korea ini terharu dengan kunjungan teman lelaki dari Malaysia

[Edisi netizen] Mirip dengan Kwak Do Yeon, gadis Korea ini terharu dengan kunjungan teman lelaki dari Malaysia

Keterujaan seorang netizen warganegara Malaysia bertemu dengan kekasih nun jauh di Korea sana sejak berhubungan sekian lama, akhirnya membuahkan hasil.

Menurut satu hantaran dibuat olehnya di laman twitter, lelaki itu yang dinamakan sebagai Ahmad Fadhlan Foo telah meletakkan beberapa foto dirinya berpasangan dengan seorang gadis yang didakwanya berasal dari Korea.

Mengakui ‘hubungan jarak jauh’ agak sukar buat dirinya, Fadhlan akhirnya telah mengambil keputusan untuk menaiki penerbangan ke sana sendiri dan menemui kekasihnya itu dengan jayanya. Gadis itu yang dinamakan sebagai Moon Ji Seon turut memberitahu Fadhlan memiliki paras rupa semirip dengan seorang selebriti korea bernama Kwak Dok Yeon.

Hantaran twitter oleh Fadhlan yang tular sejak semalam, menerima respon positif daripada kebanyakan warga netizen Malaysia yang rata-ratanya meminta pandangannya untuk berhubungan dengan  duduk mereka yang duduk di Korea sana.

P/s: Teringat pula pada pasangan Karl dan Seul yang sudah lama berkahwin!

Sumber: Twitter Fadhlan Foo

Komentar

comments

loading...