/IU sah bakal diterbangkan ke Malaysia hujung Disember ini buat julung-julung kalinya!

IU sah bakal diterbangkan ke Malaysia hujung Disember ini buat julung-julung kalinya!

Nampaknya, impian peminat IU bakal menjadi kenyataan. IU membuat pengumuman mengejutkan tentang perancangan untuk mengadakan konsert solo lagi semasa pertemuan bersama peminat di Seoul sebentar tadi. Pertemuan bersama peminat berikut diadakan sempena meraikan ulang tahun ke-11 beliau di dalam industri seni.

IU mengumumkan beberapa siri jelajah konsert solo seterusnya berjudul “Love, Poem” dengan meletakkan Malaysia, buat pertama kali dalam sejarah. Lokasi konsert solo tersebut terletak di Axiata Arena, Kuala Lumpur dan ditetapkan pada 21 Disember 2019.

IU  baru saja selesai membintangi drama tvN Hotel del Luna. Lakonannya sebagai pemilik hotel Jang Man Weol telah meninggalkan kesan mendalam ke atas ingatan penonton Malaysia yang begitu teruja menginginkan pelakon merangkal penyanyi idol itu bertandang ke Malaysia untuk sesi pertemuan bersama peminat.

https://www.instagram.com/p/B3EQASqA8Av/

Komentar

comments

loading...