/Netizen seret Go Kyung Pyo kembali di atas kritikan tajamnya terhadap lakonan Park Yoo Chun yang didakwanya kaku

Netizen seret Go Kyung Pyo kembali di atas kritikan tajamnya terhadap lakonan Park Yoo Chun yang didakwanya kaku

Go Kyung Pyo menjadi mangsa serangan buli siber hari ini apabila sejumlah kenyataannya pada masa lalu diungkit semula oleh sekumpulan netizen. Antaranya, beliau pernah mengecam hos Yoo Bae Hyuk  dan juga pernah dilihat mempertahankan tindakan penyanyi rap Black Nut itu mengeji penyanyi Hip Hop wanita, KittyB menerusi penulisan lirik lagunya yang berbaur lucah.

Pada tahun 2017, Go Kyung Pyo telah membela Black Nut dengan mengatakan lirik lagu Black Nut berkenaan tidak menjijikkan seperti yang disangka oleh netizen. Walaubagaimanapun, beliau menerima kecaman daripada netizen sehingga menuntutnya untuk membuat permohonan maaf di ruang media sosial. Beliau segera memadamkannya dan membuat permohonan maaf selepas itu. Manakala, Black Nut juga telah dijatuhkan hukuman pergantungan penjara di atas perbuatannya itu.

Tak cukup dengan itu, netizen seakan-akan mencari kontroversi lain yang pernah dilakukan oleh pelakon tersebut. Pada tahun 2014, Go Kyung Pyo telah mengkritik secara lantang tentang pemberian anugerah ‘Best New Actor’ oleh Daejong Film Awards ke atas lakonan Park Yoo Chun di dalam filem Haemul.

“Saya ingat lagi kata-kata Lee Soon Jae. Anugerah perfileman sekarang tiada makna lagi. Lakonan nya (yang memenangi anugerah) tidak berkelas langsung,” katanya seperti yang dipetik. Tambahnya lagi, lakonan Park Yoo Chun di dalam filem Haemul itu didakwanya kaku ibarat patung boneka.

Go Kyung Pyo mungkin tidak menjangkakan kata-kata yang pernah dilontarkannya pada masa dahulu itu tiba-tiba tular dan mendapat carian tertinggi di Naver sejak tengah hari tadi. Beliau kini sedang menjalani latihan khidmat negara yang akan tamat menjelang Februari 2020 depan dan baru-baru ini dikunjungi oleh Park Bo Gum sewaktu sedang bercuti.

Sumber: asiae 1, mbc news, asiae 2

Komentar

comments

loading...