/Kim Tae Hee telah selamat bersalin anak keduanya bersama Rain

Kim Tae Hee telah selamat bersalin anak keduanya bersama Rain

Rain pastinya begitu teruja dengan kehadiran ahli keluarga baru apabila isterinya, Kim Tae Hee telah selamat bersalin anak kedua mereka. Jantina bayi itu dikenalpasti sebagai perempuan.

Menurut laporan Sport Seoul pada 19 September 2019, jurucakap BS Company yang mewakili Kim Tae Hee yang ditemui itu berkata,  “Kami ingin kongsikan berita berita bahawa Kim Tae Hee dan Jung Ji Hoon (Rain) sudah pun ada ahli keluarga baru. Kini, kedua-dua mak dan anak berada dalam keadaan sihat walafiat di bawah jagaan dan restu keluarga mereka.”

Pada 26 Februari lalu, BS Company membuat pengumuman bahawa artis kendalian mereka sedang hamil anak ke-2 dan akan berehat daripada segala aktiviti hiburan.

Kedua-dua pasangan mempelai ini sudah pun mempunyai cahaya mata perempuan juga yang dilahirkan pada tahun 2017. Rain kini sedang membintangi drama MBC Welcome 2 Life dan popularitinya berjaya meledak sekejap dalam kalangan peminatnya di Malaysia sehingga tersenarai di kedudukan no.8 di dalam carta Kmania Top Stars bulan Ogos menyaingi calon-calon selebriti yang ternyata lebih muda daripadanya.

Sumber:  Sport Seoul

Komentar

comments

loading...