/Ditahan dalam wad hospital berminggu-minggu, kini Ku Hye Sun mahu bergiat aktif semula?

Ditahan dalam wad hospital berminggu-minggu, kini Ku Hye Sun mahu bergiat aktif semula?

Setelah hampir dua minggu tidak bertegang leher dengan suaminya, Ahn Jae Hyun, kini Ku Hye Sun mendedahkan hasratnya pula untuk menghadiri pameran seni lukisan di Singapura pada 22 hingga 24 November 2019 ini.

Dalam pada itu, Ku Hye Sun sempat menitipkan status terkininya dengan beliau kini sedang cuba pulih selepas menjalani pembedahan memperbetulkan saluran hidung yang tersumbat sehingga menyebabkannya terkandas di wad hospital berminggu-minggu. Serangan demi serangan ke atas suaminya di dalam media sosial sebelum ini barangkali dilakukan ketika beliau sedang ditahan di dalam wad tanpa kehadiran suaminya untuk menemaninya di sisi.

Namun, netizen seakan-akan berpihak kepada Ahn Jae Hyun pula selepas meneliti membaca laporan eksklusif daripada portal Dispatch tentang punca penceraian mereka. Ia bertambah parah apabila pelakon wanita yang dikaitkan dalam dakwaannya itu yakni Oh Yeon Seo mahu menyamannya. Manakala, peguam Ahn Jae Hyun juga sedang mengumpul bukti untuk menyaman Ku Hye Sun di samping cuba menyelesaikan pertikaian mereka berkenaan prosiding penceraian yang difailkan ke mahkamah.

Sumber: xsportnews

Komentar

comments

loading...