/Han Suk Kyu, Lee Sung Kyung & Ahn Hyo Seop sah bintangi sekuel kepada SBS Romantic Doctor, Teacher Kim

Han Suk Kyu, Lee Sung Kyung & Ahn Hyo Seop sah bintangi sekuel kepada SBS Romantic Doctor, Teacher Kim

Ketiga-tiga pelakon Han Suk Kyu, Lee Sung Kyung dan Ahn Hyo Seop telah bersetuju membintangi drama sekuel kepada SBS Romantic Doctor, Teacher Kim. “Romantic Doctor, Teacher Kim” merupakan sebuah drama popular dan hit yang disiarkan dari November 2016 sehingga Januari 2017.

Han Suk Kyu memegang watak yang sama, Dr. Kim Sak Bu yang menjadi mentor kepada doktor-doktor yang baru bertugas dalam pembedahan. Dalam musim pertama sebelum ini, Dr. Kim Sak Bu seorang yang dikenali dengan perangai esentrik dan kurang beradab, telah dibuang kerja sehingga terpaksa bekerja di hospital pedalaman. Walaubagaimanapun, dengan bakatnya yang hebat, beliau telah berjaya menarik ramai pesakit ke sana, serta secara tak langsung mendidik dan menjadi inspirasi buat ketiga-tiga orang doktor pelapis baru lakonan Seo Hyun Jin, Yoo Yeon Suk dan Yang Se Jong yang kemudiannya mengikut rentaknya bekerja. Lakonan Han Suk Kyu telah mendapat kritikan positif sehingga meraih pencalonan Best Actor di 6th CARI Kdrama Awards dan Baeksang Art Awards.

Seo Hyun Jin, Yoo Yeon Suk dan Yang Se Jong tidak menyertai sekuel seterusnya. Han Suk Kyu akan dibantu oleh Lee Sung Kyung dan Ahn Hyo Seop sebaliknya. Ahn Hyo Seop ditawarkan watak sebagai Kim Woo Jin, seorang doktor bedah ditahun pertamanya. Kim Woo Jin memiliki sikap sinis dan skeptikal tentang segala perkara dan tidak rapat dengan rakan-rakannya, namun dia selalu mendapat pujian para profesor kerana penuh konsentrasi dan berketerampilan ketika menjalankan pembedahan. Sesetengah berpendapat bahawa Kim Woo Jin mempunyai kecenderungan menjadi psikopat, tetapi dia secara peribadi percaya bahawa semua itu adalah sifat semula jadi pakar bedah yang hebat.

Mankala, Lee Sung Kyung ditawarkan untuk melakonkan watak Cha Eun Jae, yang merupakan ahli kardiosurgeri tahun kedua dijabatan tersebut.  Sejak diusia muda lagi, Cha Eun Jae digelar genius sehinggakan dia berada dilandasan elit di mana kiri dan kanannya memuji serta meletakkan harapan kepadanya. Walaupun segala-galanya kelihatannya mudah dan jelas seperti dalam buku teks, namun Cha Eun Jae tetap pegun apabila melangkah ke bilik pembedah. Keadaan mulai berubah apabila dia diletakkan di bawah pengurusan mentornya yang akan dilakonkan oleh Han Suk Kyu.

Sekuel ini mendapatkan penulis skrip yang sama, Kang Eun Sung dan juga sutradara yang sama, Yu In Suk yang menerima pencalonan 5th Best Director CARI Kdrama Awards. Ia akan disiarkan pada awal Januari 2020.

Sumber: mydaily, newsis

Komentar

comments

loading...