/Han Byul Buktikan Oppa Korea Boleh Berdangdut dan Bergelek di Pentas Big Stage 2019

Han Byul Buktikan Oppa Korea Boleh Berdangdut dan Bergelek di Pentas Big Stage 2019

Persembahan BBNU dalam pertandingan nyanyian Big Stage 2019 pada minggu kelima bertemakan “Cannot Brain” di mana mereka diberi peluang dalam memilih lagu yang bakal dipersembahkan dengan genre yang berbeza dari kebiasaan. Hanbyul satu-satunya peserta yang berasal dari Korea Selatan (walaupun beliau dilahirkan di Australia) dengan beraninya menyahut cabaran dalam tugasan yang diberikan dengan memilih lagu bergenre dangdut Yang Sedang Sedang Saja (penyanyi asal Iwan).

Juri Pada Minggu Ke-5. Dari kiri Cakra Khan, Dato Siti Nurhaliza dan Yusry Abdul Halim

Selesa dengan berjaket hitam dan berseluar putih, Hanbyul berjaya memukau hati seluruh Dewan Auditorium Shah Alam seawal persembahan beliau. Di mana beliau mengalunkan qasidah sebagai pembuka lagu dan membuatkan Dato’Sri Siti Nurhaliza selaku juri tetap sendiri memberi komen qasidah yang dialunkan Hanbyul membuatkan bulu roma Tokti meremang. Beliau juga tidak segan-segan untuk menunjukkan bakat beliau untuk bergelek dan memberikan sepenuh tenaga untuk menjayakan lagu itu.

Para penonton sangat terhibur dengan persembahan beliau pada minggu itu dan memberikan tepukan gemuruh sejurus setelah beliau menamatkan persembahan. Malah, Yusry Abdul Halim selaku juri jemputan juga memberikan ulasan yang memberangsangkan buat Hanbyul malahan markah yang diberi juga tinggi berbanding peserta-peserta yang lain. Maka pada minggu kelima ini, Hanbyul berjaya merampas kembali tangga teratas setelah berada pada tangga kedua pada minggu keempat yang lalu.

Apabila ditanya apakah perasaan beliau setelah selesai membuat persembahan, Hanbyul mengaku yang dia langsung tidak ingat apa yang berlaku sepanjang berada di atas pentas dan ini adalah perasaan kali pertama sepanjang beliau menjadi anak seni. Beliau juga berasa lega kerana apa yang telah dirancang untuk minggu kelima ini berjalan dengan lancar. Beliau juga memberitahu keterujaan beliau untuk bergandingan dengan seorang lagi peserta yang tidak kurang hebatnya di mana menurut beliau adalah salah seorang rakan karibnya di Big Stage iaitu Neeta Manisha pada minggu keenam. Walaupun sewaktu diberitahu kesemua peserta akan mempersembahkan dua lagu pada minggu keenam, Hanbyul sangat terkejut akan tugasan tersebut.

Peserta Big Stage 2019 yang masih kekal untuk sesi suku akhir

Mereka diberikan tugasan yang agak mencabar untuk minggu ini di mana mereka perlu mempersembahkan bukan satu tetapi dua buah lagu yang mana salah satu lagu telah dipilih sendiri oleh Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Han Byul ditugaskan untuk menyanyikan lagu dari penyanyi asal Lukas Graham yang berjudul Love Someone. Manakala bagi tugasan kedua di mana beliau akan bertarung dengan Neeta, yang bakal dipilih oleh pihak Astro. Kejutan dari pihak Astro ini adalah satu langkah yang wajar kerana minggu ini sudah pun masuk ke peringkat suku akhir. Dengan penyingkiran berganda (Syada Amzah dan Chaleeda ), mereka beranggapan lapan (8) peserta yang berjaya mara ke peringkat suku akhir haruslah memberikan seluruh jiwa dan raga dalam persembahan yang akan datang supaya mereka bakal mara ke peringkat seterusnya.

Nah, jom tonton dulu gelekan dangdut Oppa Korea ini

Apapun, jangan lupa untuk teruskan mengundi Han Byul agar beliau akan berjaya mara sehingga peringkat akhir dan mengembangkan lagi karier beliau di rantau Asia Tenggara ini. Marilah bersama-sama kita menonton persembahan Oppa kesayangan kita dalam minggu suku akhir ini.

Waktu Siaran : 9.00 malam – 11.30 malam
Tempat: Dewan Auditorium Shah Alam
Saluran Rasmi: Astro Ria (104) dan Ria HD (123)

Sebelum itu, jom dengar nasihat Han Byul tentang keadaan cuaca yang berjerebu ini.

Komentar

comments

loading...