/Webster B sokong tindakan Hash Swan memaki peminat Jungkook BTS; sempat sindir jangan jadi manusia

Webster B sokong tindakan Hash Swan memaki peminat Jungkook BTS; sempat sindir jangan jadi manusia

Berikutan tuduhan yang mengaitkan penyanyi rap, Hash Swan dengan gosip membabitkan Jungkook BTS sehingga menyebabkan Hash Swan terpaksa memaki hamun peminat selebriti tersebut, Webster B atau dikenali sebagai Lee Rohan pula mempertahankan tindakan oleh rakannya itu.

Hash Swan dilihat mengeluarkan kenyataan mengatakan hidupnya bukan boleh dikawal seperti patung boneka demi mengikut telunjuk mereka lantas melabelkan tindakan sekumpulan peminat netizen itu sebagai menjijikkan. “Aku tak taulah apa yang Hash Swan sudah buat sampai kena begini. Netizen ini mungkin tak boleh hidup tanpa berkumpul beramai-ramai untuk ‘menyerang’ seseorang. Pernahkah korang terfikir akibatnya?,” katanya sambil bersimpati dengan apa yang dialami oleh Hash Swan.

“Jika korang dilahirkan sebagai manusia, jadilah sepertinya. Jika korang tak suka, jangan makan. Kenapa tak bu*uh saja orang? “, tambahnya lagi.

Webster B merupakan pemenang tempat kedua program realiti tv Mnet, ‘High Rapper 2’.

Sumber: newsinside

Komentar

comments

loading...