/(Spekulasi) Mungkinkah artis Kpop yang dicanang bakal hadir ke ABPBH 2019 adalah Kang Daniel?

(Spekulasi) Mungkinkah artis Kpop yang dicanang bakal hadir ke ABPBH 2019 adalah Kang Daniel?

Nampaknya bahang kehangatan acara hiburan berprestij, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) edisi ke-32 mulai terasa. Manakan tidak, anugerah itu bakal berlangsung beberapa hari sahaja lagi.

Apa yang bertambah menarik, memetik dari Berita Harian, kemunculan artis K-pop yang bakal mengisi slot persembahan bersama penyanyi popular tempatan antara tarikan pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32. Segmen istimewa itu antara kejutan yang menanti, bertepatan tema acara iaitu ‘Melangkaui Sempadan’, sekali gus membuktikan muzik mampu menjadi alat penyatuan antara kaum dan masyarakat dunia.

Sementelah itu, pada anugerah kali ini pihak penganjur turut memperkenalkan kategori artis antarabangsa iaitu, Artis Korea Popular dan Artis Indonesia Popular dalam senarai kategori utama. Menarik bukan.

Apa yang menjadi persoalan, siapakah artis K-Pop yang bakal hadir ke ABPBH 32 sekaligus membuat persembahan bersama dengan penyanyi tempatan. Untuk pengetahuan, ‘Kang Daniel Fan Meeting: Colour On Me’ akan diadakan pada 21 September (Sabtu) bertempat di Axiata Arena. Manakala Anugerah Bintang Popular pula akan diadakan sehari selepas itu, pada 22 September (Ahad). Ini sekaligus menyokong kenyataan artis K-pop yang dimaksudkan adalah Kang Daniel kerana dalam masa yang terdekat ini, hanya idol ini yang berada di Malaysia. Dan dengan hanya berbeza sehari kedua-dua aktiviti ini, maka logiklah untuk mengatakan dia adalah Kang Daniel. Mungkinkah Sufian Suhaimi bakal bergandingan dengan Kang Daniel untuk membuat persembahan?

Jika spekulasi ini benar, memang berprestij ABPBH kali ini kerana berjaya meyakinkan Kang Daniel untuk turut serta.  Memang menepati temanya ‘Melangkaui Sempadan’ kerana Kang Daniel kini sedang meniti kejayaan dan popularitinya diseluruh dunia. Bahkah idol ini mendapat sokongan yang hebat dari peminatnya di Malaysia. ABPBH 32 akan diadakan pada 22 September bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan akan disiarkan secara langsung menerusi TV3.

Apa kata korang? Bersediakah korang menyaksikan Kang Daniel di ABPBH 32?

Komentar

comments

loading...