/Kesan CCTV Jungkook BTS disyaki berpelukan dengan gadis tersebar; Netizen pula tuduh Hash Swan kerana tatoo serupa

Kesan CCTV Jungkook BTS disyaki berpelukan dengan gadis tersebar; Netizen pula tuduh Hash Swan kerana tatoo serupa

Semalam riuh sekejap apabila peminat (Armys) mendapati Jungkook BTS telah mengenakan tatoo ‘A.R.M.Y’ di lengannya. Kali ini tangkapan imej CCTV di Pulau Geoje awal September lalu yang disyaki telah menangkap Jungkook berpelukan dengan seseorang gadis, tersebar pula di media sosial berdasarkan tatoo yang dikesan pada lengan orang tersebut.

Sebilangan netizen dalam kalangan Armys terutamanya menafikan foto tersebut milik Jungkook BTS, malah mereka pula menuduh Hash Swan kerana penyanyi hip hop itu juga pernah mengenakan tatoo di lengannya. Mereka telah ‘menyerang’ laman instagram Hash Swan dan meminta Hash Swan mengaku dialah orangnya. Hash Swan yang tak tahan dek serangan sekumpulan netizen tak bertanggungjawab tersebut, membuat kenyataan menafikan sekeras-kerasnya tangkapan imej CCTV itu adalah merujuk pada dirinya. Malah, ada netizen yang mempersoalkan samada Hash Swan mempunyai banyak masa terluang sehingga mampu menulis lirik lagi dan tak mahu langsung mempertimbangkan permintaan mereka.

Hash Swan yang tak tahan dengan serangan bertalu-talu dek netizen tersebut seraya berkata, “Itu bukan aku. Peminat Jungkook benar-benar menjijikkan.” Hash Swan kemudiannya memadamkan hampir ksemua kapsyen bergambar dan ‘IG stories’ . Carian terkini di laman instagram-nya hanya terdapat dua kapsyen berfoto dengan satu daripadanya adalah kenyataan penafian.

Sementara itu, Big Hit Entertainment belum mengeluarkan sebarang kenyataan balas terhadap spekulasi Jungkook telah berpelukan dengan seseorang gadis.

Sumber: edaily, sport today

Komentar

comments

loading...