/Kang Daniel lancar “vlog” diari kembara untuk tatapan peminat di platform ‘Youtube’

Kang Daniel lancar “vlog” diari kembara untuk tatapan peminat di platform ‘Youtube’

Kang Daniel secara rasmi melancarkan vlog diari kembaranya di platform Youtube mulai hari ini.

Vlog yang diberi nama sebagai, “Colorful Daniel” itu akan memulakan siaran pertamanya pada 25 September 2019, jam 5.00 petang (waktu Malaysia). Vlog tersebut akan merekod perjalanan aktiviti harian Kang Daniel terutamanya tentang bagaimana beliau memperoleh pengalaman baru ketika menghadapi situasi tak terjangka. Ia juga akan memaparkan temuduga secara peribadi bersama Kang Daniel pada usianya 24 tahun ketika ini.

 

Menurut agensi Konnect Entertainment, “Platform Youtube ini dibuka untuk memfokuskan kepada kehidupan harian Kang Daniel yang ramai tidak tahu lagi.”

Vlog tersebut akan disiarkan setiap hari Rabu secara berkala selama lapan minggu berturut-turut. Kang Daniel juga akan menyinggah Kuala Lumpur pada 21 September 2019 depan.

Sumber: mk sport

Komentar

comments

loading...