/BTS telah selesai cuti panjang, akan kembali aktif bertugas seperti biasa

BTS telah selesai cuti panjang, akan kembali aktif bertugas seperti biasa

Sekejap saja sebulan berlalu. Cuti panjang diberikan oleh agensi kendalian mereka, Big Hit Entertainment telah digunakan sebaik-sebaiknya.

Big Hit mengesahkan bahawa BTS telah selesai menghabiskan cuti panjang mereka. Sumber terdekat daripada agensi itu berkata, “Hari ini tamat sudah cuti mereka. Mereka kembali semula untuk memenuhi tuntutan jadual aktiviti.”

Kelibat tujuh orang ahli BTS itu turut dilihat di perkarangan lapangan terbang antarabangsa Incheon pada 16 September 2019, hari ini menandakan kepulangan mereka bagi menyertai jadual promosi BTS untuk seterusnya. Secara kebetulan, cuti Chuseok juga berakhir pada hari ini.

Sebelum ini, ahli-ahli BTS telah menghabiskan cuti mereka sambil mengembara di beberapa buah lokasi luar negara seperti kota Paris, Perancis, dan negara-negara Eropah seperti Denmark, Italy dan Australia.

BTS dijangka akan membuat persembahan di Arab Saudi pada 11 Oktober 2019 nanti di bawah rangka konsert jelajah mereka, “Love Your Self: Speak Your Self”.

Sumber: IS Plus , mk today

TAGS:

Komentar

comments

loading...