/(Info) Jom Meriahkan Sambutan Ulangtahun ke-3 dimsum dengan Konsert THAI POP 2019!

(Info) Jom Meriahkan Sambutan Ulangtahun ke-3 dimsum dengan Konsert THAI POP 2019!

 

(Petaling Jaya, Sept 11) – Bersempena sambutan ulang tahun ketiga pada bulan November yang akan datang, dimsum dengan bangganya membawakan konsert Thai pertama, dimsum THAI POP 2019 yang bakal dilangsungkan pada 10 November, 2019 di IDEAL Convention Centre, Shah Alam. Barisan artis jemputan untuk konsert ini terdiri daripada 9 orang, iaitu Sunny Suwanmethanont, Tor Thanapob Leeratanakachorn, Jaylerr Kritssanapoom Pibulsonggram, Captain Chonlathorn Kongyingyong dan Ice Paris Intarakomalyasut dari kumpulan 9BY9.

PENGENALAN ARTIS-ARTIS JEMPUTAN

Sunny Suwanmethanont merupakan pelakon yang disanjung ramai. Dia terkenal dengan wataknya dalam Dear Dakanda, dan pernah memenangi Anugerah Pelakon Terbaik menerusi filem itu. Filem-filem terkenalnya yang lain ialah I Fine… Thank You… Love You, Heart Attack dan Brother of the Year. Dia digandingkan semula dengan Mai Davika dalam drama percintaan terbaharu, My Ambulance.

9BY9 ialah kumpulan vokal lelaki Thai yang debut pada tahun 2018. Mereka dikenali ramai menerusi drama lakonan bersama, In Family We Trust. Empat daripada ahli kumpulan akan menyertai konsert ini: vokalis Tor Thanapob Leeratanakachorn yang membintangi drama yang popular di Asia, Man of Vengeance; rapper Jaylerr Kritssanapoom Pibulsonggram; dan juga vokalis Captain Chonlathorn Kongyingyong dan Ice Paris Intarakomalyasut.

dari kiri Sky, Mai, Sunny dan Thanaerng

Sky Wongravee Nateetorn, Billkin Putthipong dan Thanaerng Kanyawee Songmuang ialah barisan pelakon muda yang berlakon dalam drama My Ambulance bersama Sunny. Pearwah Nichaphat Chatchaipholrat terkenal dengan lakonannya drama Hormones: The Series. Dia dan Ice menyanyikan lagu tema drama tontonan ramai, My Ambulance.

JADUAL JUALAN TIKET

Tiket pra-jualan akan dibuka kepada pelanggan aktif dimsum bermula 17 September 2019 pada jam 12 tengahari melalui email bersama beberapa tiket VVIP eksklusif. Jualan tiket akan dibuka kepada orang ramai pada 19 September 2019, jam 12pm. Harga tiket adalah seperti berikut: RM199 (PS3), RM299 (PS2), RM359 (PS1) dan RM599 (VIP). Pembeli tiket VIP berpeluang menyertai sesi hi-touch, mengambil gambar berkumpulan, sesi pentas belakang dan mendapat poster bertandatangan.

Tiket boleh dibeli menerusi laman web rasmi TicketCharge (www.ticketcharge.com.my) . Untuk maklumat lanjut tentang tiket, layari www.dimsum.asia, laman Facebook rasmi dimsum  (@dimsum.asia) atau Instagram (@dimsumasia).

Komentar

comments

loading...