/G-Dragon bagi restu, Kim Min Joon terus nikahi kakaknya menjelang Oktober ini

G-Dragon bagi restu, Kim Min Joon terus nikahi kakaknya menjelang Oktober ini

Pelakon Kim Min Joon bakal melangsungkan perkahwinan dengan kakak kepada G-Dragon, Kwon Dami pada 11 Oktober ini.

Kim Min Joon (44 tahun) dan Kwon Dami (36 tahun) akan mengadakan majlis perkahwinan secara tertutup dengan dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat saja, menurut laporan daripada agensi pelakon itu, Family Entertainment. Dikhabarkan juga G-Dragon (atau nama sebenarnya Kwon Ji Yong) begitu gembira dengan pilihan kakaknya itu dan turut menyampaikan ucapan tahniah.

Kim Min Joon yang juga seorang bekas model, pernah membintangi beberapa buah drama sebagai pelakon pembantu termasuklah KBS One More Happy Ending, SBS Lovers In Prague dan KBS Babysitter manakala Kwon Dami yang juga usahawan fesyen terkenal pernah dinobatkan sebagai ‘500 pelopor fesyen paling berpengaruh di dunia’ oleh sebuah portal media BOF pada tahun 2017.

Sumber: spottvnews

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.