/Mungkinkah kesemua ahli BTS akan ikut sertai Kim Seok Jin jalani khidmat negara selewat-lewatnya tahun depan?

Mungkinkah kesemua ahli BTS akan ikut sertai Kim Seok Jin jalani khidmat negara selewat-lewatnya tahun depan?

Keputusan Jabatan Pengrekrutan Tentera Korea untuk tidak sewenang-wenangnya memberikan perlepasan pada penggiat seni kelahiran Korea bagi mengelakkan diri mereka daripada menjalani latihan khidmat negara, telah memberikan khabar buruk buat BTS dan juga peminat mereka, Army.

Berdasarkan laporan daripada Yonhap News, Jabatan Pengrekrutan Tentera Korea telah membuat keputusan untuk tidak menukar peraturan semata-semata untuk membenarkan penggiat seni dan atlet dilepaskan daripada menjalani latihan khidmat negara dengan syarat-syarat tertentu. Walaubagaimanapun, peraturan itu tetap mengekalkan mana-mana atlet yang berjaya meraih pingat emas di dalam sukan Olimpik dan mendapat tempat pertama di dalam sukan Asia, diberikan pengecualian tersebut. Kendatipun BTS telah memenangi anugerah terkemuka di dalam Billboard Music Awards dan lain-lain, ia masih tak melayakkan mereka sebagai merit bagi diberikan perlepasan tersebut.

Menurut peraturan asal pengrekrutan tentera yang ditetapkan buat kalangan rakyat biasa, kesemua warganegara lelaki kelahiran Korea diwajibkan untuk menjalani latihan khidmat negara sekurang-kurangnya selama 21 bulan, sebelum usia mereka mencecah 28 tahun. Kim Seok Jin, ahli BTS paling tua dan akan mencapai usia 28 tahun pada akhir tahun hadapan, terpaksa menyertainya juga berdasarkan peraturan ditetapkan ini. Maka, ketidakhadiran Jin di rangka promosi BTS bermula akhir tahun hadapan dijangka akan memberikan kehilangan besar buat kumpulan tersebut di persada dunia.

Sehubungan dengan itu, ramai netizen beranggapan kesemua ahli BTS akan mengikuti Jin menyertai ‘military service’ bersama-sama walaupun keberangkalian untuk berbuat demikian adalah agak rendah melainkan kesemua ahli BTS ini telah mendaftar penyertaan mereka untuk dimasukkan lebih awal sekurang-sekurangnya setahun sebelum itu (seperti dilakukan oleh Do Kyung Soo EXO) dan juga sekiranya terdapat kekosongan beramai-ramai di dalam satu masa.

Sumber: IS Plus , JoongAng Ilbo

Komentar

comments

loading...