/[Info] GOT7 akan kembali ke Malaysia pada Mac 2020 sempena “KEEP SPINNING” World Tour

[Info] GOT7 akan kembali ke Malaysia pada Mac 2020 sempena “KEEP SPINNING” World Tour

Berita baik dan menggembirakan buat semua peminat GOT7. Sempena Tahun Melawat Malaysia 2020, GOT7 juga akan kembali untuk melawat peminatnya di sini.

08 September 2019, Kuala Lumpur – JYP Entertainment telah mengeluarkan pengumuman rasmi berkenaan senarai terbaru yang melibatkan beberapa negara sempena GOT7 World Tour menerusi laman web rasmi mereka. Berita baiknya, Malaysia tersenarai untuk GOT7 World Tour.

“GOT7 Keep Spinning 2019 World Tour” telah memulakan siri jelajahnya pada Jun lepas bertempat di Seoul KSPO Dome dan meneruskan perjalanannya ke Newark, Toronto, Dallas, Los Angeles, Oakland, Mexico City, Santiago, Sydney dan Melbourne. Tarikh baru untuk beberapa lokasi untuk “GOT7 Keep Spinning 2019 World Tour” seperti di Singapore, Macau, Bangkok dan Taipei telah ditetapkan.

Siri jelajah “GOT7 Keep Spinning 2020 World Tour” di Malaysia akan diadakan pada 7 March 2020, bertempat di Axiata Arena Bukit Jalil. Ini merupakan kemunculan semula GOT7 selepas 3 tahun sejak kali terakhir mereka membuat persembahan di Kuala Lumpur. Kali ini mereka dijangka akan mengadakan konsert siri jelajah dunia pada skala penuh dan besar-besaran.

GOT7 adalah sebuah kumpulan hip-hop boy dari Korea yang mula debut pada 2014 menerusi EP sulung mereka berjudul“Got It?”, EP ini berjaya menempatkan dirinya dikedudukan kedua di Gaon Album Chart dan tempat pertama di Carta Album Dunia Billboard (Billboard’s World Albums Chart).

Kumpulan ini dianggotai oleh tujuh jejaka yang terdiri daripada Jae Bum, Mark, Jackson, Jinyoung, Youngjae, BamBam, dan Yugyeom. GOT7 telah mengeluarkan 8 buah album dan telah menerima lebih 40 anugerah daripada 104 pencalonan. “GOT7 Keep Spinning 2020 World Tour” di Kuala Lumpur akan di bawakan oleh Star Planet.

Buat IGOT7 (kelab peminat GOT7), stay tuned to www.starplanet.com.my dan FB StarPlanet Malaysia for more updates.

Komentar

comments

loading...