/“Doctor John” rekod rating tinggi pada episode terakhir berbanding EP 1 “Arthadal Chronicles”

“Doctor John” rekod rating tinggi pada episode terakhir berbanding EP 1 “Arthadal Chronicles”

Drama SBS “Doctor John” telahpun melabuhkan tirainya semalam dan telah catat rekod tertinggi untuk siaran drama pada hari Sabtu semalam.

Menurut  Nielsen Korea, pada 7 September episode terakhir drama perubatan popular lakonan Ji Sung dan Lee Se Young telah merekodkan tontonan tertinggi dalam slot dramanya disemua saluran.  Tayangan episode terakhir  “Doctor John” telah mencatat purata tontonan sebanyak 6.7% dan 10.2% diseluruh negara, sehingga mencapai 12.8% tontonan sehingga ke akhir tayangan.

Manakala, tvN “Arthdal Chronicles” Bahagian 3 yang mula ditayangkan pada semalam telah merekodkan purata tontonan sebanyak 6.1% dan mencapai kemuncak 6.8% tontonan, sekaligus menandakan sedikit penurunan bacaan penonton sejak episode akhir Bahagian 2 yang mencatatkan purata rekod tontonan sebanyak 6.8%. Siaran perdana Bahagian 3 juga menunjukkan penurunan tontonan berbanding siaran perdana Bahagian 1 yang mencatatkan bacaan 6.7% penonton.

KBS2 “Mother of Mine” kekal sebagai drama yang paling ditonton pada malam hujung minggu. Drama tersebut telah merekodkan purata tontonan sebanyak 28.4% dan 32.3% diseluruh negara. MBC  “Golden Garden” menikmati sedikit kegembiraan apabila mendapat kenaikkan tontonan dengan mencatatkan 5.0 %, 8.3%, 8.5%, dan 9.5% untuk empat bahagian tayangannya semalam.

Akhir sekali, drama OCN “Strangers from Hell” mencatatkan purata tontonan  sebanyak 3.2% pada episode ketiganya manakala drama JTBC “Melo Is My Nature” mencatatkan rekod tontonan  sebanyak 1.9% pada semalam.

Drama apakah yang menjadi tontonan anda untuk slot drama hujung minggu?

Sumber : yna | tv report | Newsen | Newsen

Komentar

comments

loading...