/‘So Long’ Paul Kim kembali curi kejuaraan carta Gaon pada minggu ini, X1 pula kuasai jualan album tertinggi

‘So Long’ Paul Kim kembali curi kejuaraan carta Gaon pada minggu ini, X1 pula kuasai jualan album tertinggi

‘So Long’, OST kesepuluh drama tvN Hotel Del Luna nyanyian Paul Kim, kembali merangkul kejuaraan carta Gaon minggu ini bertarikh 6 September 2019 untuk kali ke-2 selepas merampasnya daripada tangan Punch menerusi runut lagu drama yang sama, ‘Done For Me’. ‘So Long’ pernah menjadi juara carta Gaon pada dua minggu lepas.

Dengan kembalinya Paul Kim mendaki ke puncak carta mingguan Gaon tersebut, drama tvN Hotel Del Luna mencipta sejarah tersendiri apabila menguasai kejuaraan selama enam minggu berturut-turut sejak dimulakan oleh Taeyeon melalui lagunya, ‘A Poem Titled You’. Drama tvN Hotel Del Luna baru saja melabuhkan tirainya pada hari Ahad lalu, 1 September 2019 dengan rating yang diraih sebanyak 12%, yakni rating drama kebel tertinggi untuk tahun ini dan juga kelapan terbaik sepanjang zaman.

Sementara itu, X1 berjaya membuktikan pengaruh besar mereka apabila meraih jualan album tertinggi sepanjang minggu lepas walaupun baru saja ‘debut’ di sebalik kekangan yang dihadapi oleh mereka sebelum ini, sekaligus mencapai no.1 dalam carta album Gaon. Setakat ini, menurut data Hanteo, album debut mereka ini yang diberikan judul sebagai ‘Quantum Leap’ telah berjaya mengutip jualan sekitar lebih 500,000 unit manakala single ‘Flash’ pula mula menduduki carta Gaon pada tangga ke-26.

Sebagai langkah untuk mempromosikan single ‘Flash’, X1 membuat persembahan di beberapa buah ‘music shows’ dan berjaya menempatkan diri mereka di kedudukan pertama dalam M Countdown.

Sumber: IS Plus , OSEN

Komentar

comments

loading...