/(UPDATE) Mampukah Isaac bertahan bersama IN2IT selepas Kim Sunghyun ikut jejak Jinsub tinggalkan kumpulan tersebut?

(UPDATE) Mampukah Isaac bertahan bersama IN2IT selepas Kim Sunghyun ikut jejak Jinsub tinggalkan kumpulan tersebut?

MMO Entertainment telah mengeluarkan kenyataan balas terhadap kenyataan Kim Sunghyun menerusi instagramnya.

Kenyataan itu berbunyi:

Hello. Ini MMO Entertainment.

Pertamanya, kami minta maaf kepada peminat yang pastinya sangat terkejut setelah membaca kenyataan dari  Kim Sunghyun.

Sejak disahkan penyertaan Kim Sunghyun menyertai rancangan  ‘Produce X 101,’ dia telah memohon ‘individual settlement’ yakni pengagihan pendapatannya tidak lagi secara berkumpulan tetapi secara individu dan sebaik sahaja rancangan tersebut tamat, Sunghyun juga memohon kepada pihak syarikat untuk meninggalkan IN2IT dan sekaligus menamatkan kontraknya. 

Permohon ini sedikit sebanyak mengejutkan para kakitangan yang telah menunggunya untuk menyertai semula aktiviti bersama IN2IT selepas rancangan tersebut berakhir. Pihak kami kemudian memohon agar Sunghyun kembali menyertai IN2IT namun dia menolaknya dan menyatakan hasratnya untuk menarik diri. Memandangkan ia satu keperluan untuk mendedahkan perancangan masa depan kepada para peminat yang setia menanti, oleh itu, selepas perbincangan dengan pihak Kim Sunghyun kami mengeluarkan notis (pengunduran Kim Sunghyun dari IN2IT) pada petang hari ini (5 Sept).

Sungguhpun begitu, proses penghasilan kontrak eksklusifnya adalah menepati piawaian yang ditetapkan oleh Korea Fair Trade Commission dan kami telah melaksanakan tanggungjawab kami  berkaitan pengurusan dan penyelesaian akaunnya seperti yang terkandung dalam kontrak. Bagaimanpun, Kim Sunghyun dilihat cuba membuat tuntutan berat sebelah bagi menamatkan kontraknya.

Kami akan bertindak dengan tegas berhubung perkara ini yang boleh merosakkan reputasi kami melalui tuntutan berat sebelah itu, dan jika perlu kami akan buat penerangan berdasarkan fakta.

Kami sekali lagi memohon maaf kepada para peminat yang menghargai dan mencintai IN2IT kerana menyebabkan  anda semua berasa bimbang.

Sumber : Heraldcorp

Kim Sunghyun nampaknya perlu membayar ganti rugi sebanyak 100,000 USD kerana menamatkan kontraknya seperti yang dituntut oleh CJENM.

Beberapa ketika selepas agensinya  MMO Entertainment mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung pengundurannya dari  IN2IT,  Kim Sung Hyun telah menerangkan situasi sebenar daripada persepektifnya menerusi Instagram miliknya.

Menurut Kim Sung Hyun, “Selepas saya menandatangani kontrak untuk menjadi sebahagian daripada IN2IT, saya tidak pernah menerima sebarang jenis pendapatan kewangan termasuk apa-apa pembayaran  kontrak. Selain mendapat bayaran bulanan sebanyak 50,000 KRW (~ 41 USD) yang digunakan untuk membayar pelan telefon bimbit kami, saya tidak pernah lagi menerima apa-apa bayaran kewangan dalam 2 tahun terakhir saya dalam IN2IT. Saya tahu kebanyakkan idol memakan masa yang panjang untuk dipromosi dan perlu lebih aktif sebelum menjana pendapatan sendiri.

Walau bagaimanapun, kami tidak dapat menyertai apa-apa promosi dalam Korea atau menyertai mana-mana music show sejak sesi promosi ‘Sorry For My English’ IN2IT setahun yang lalu. Kecewa disebabkan itu, saya ada meminta penjelasan syarikat mengenai rancangan promosi kami yang akan datang, tetapi kami hanya menerima maklum balas daripada pihak syarikat yang mendakwa kini sukar bagi mereka untuk melabur lebih banyak lagi dana kepada IN2IT, kerana sejumlah besar wang telah dilaburkan pada rancangan realiti survival ‘Boys 24’, kemudian saya tidak pernah lagi mendengar apa-apa jawapan terperinci tentang masa depan serta aktiviti promosi kumpulan kami . “

Kim Sung Hyun menambah semasa kembali mempromosi bersama IN2IT selepas tamat program realiti survival ‘Produce X 101’, dia bergelut dengan masalah kewangan yang dihadapi keluarganya dan sayangnya Sunghyun tidak mampu untuk membantu mereka. Sunghyun turut menjelaskanbahawa dia pernah cuba memohon kepada syarikatnya untuk menjalani promosi secara perseorangan, namun ideanya untuk mengadakan fanmeeting secara solo ditolak mentah-mentah.

Apabila Kim Sung Hyun cuba untuk berunding dengan syarikatnya mengenai masalah kewangan keluarga yang dihadapinya, tambahan ayahnya terpaksa berhenti membawa teksi berikutan masalah kesihatan, syarikat itu didakwa menjawab, “Pertama, syarikat menuntut bayaran ganti rugi berjumlah 30,000,000 KRW (~ 292,100 USD). Kemudian, presiden syarikat memohon saya menunggu keputusan muktamad mengenai bayaran sebenar selepas mereka berbincang bersama pihak CJ. Beberapa hari selepas itu, presiden telah menghubungi ayah saya bagi menuntut ganti rugi berjumlah 120,000,000 KRW (~ 100,150 USD). Pihak syarikat akan membuat kenyatan rasmi kepada media mengenai pengunduran saya dari IN2IT dan kontrak saya akan berakhir hanya selepas saya membayar ganti rugi.”

Kim Sung Hyun berterusan menyatakan kekecewaannya dengan berkata, “Menurut presiden kami, mereka melabur terlalu banyak semasa program ‘Boys 24’ berjalan jadi disebabkan itu tiada lagi lebihan dana yang boleh digunakan  untuk IN2IT, tetapi bagi saya, saya telah melalui kehidupan yang sangat ketat sejak rancangan survival ‘Boys 24’ dan kemudian debut bersama IN2IT seolah buat hidup saya lagi sengsara. Jika presiden tetap dengan keputusannya, saya tidak boleh meneruskan dan melibatkan dengan mana-mana aktiviti seni sehingga saya berjaya membayar ganti rugi  tersebut. Saya juga mengambil peluang ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada peminat yang selama ini telah merima saya seadanya dan berterusan menyokong saya.  “

Akhir sekali, Kim Sunghyun berterima kasih kepada para peminatnya dan juga ahli-ahli IN2IT yang telah bersama-samanya selama ini.

Sumber : Allkpop

Terdahulu:

Kim Sunghyun IN2IT meninggalkan kumpulan IN2IT – MMO Entertainment

Nampaknya seorang lagi ahli kumpulan IN2IT meninggalkan kumpulan tersebut.

Pada 5 September, agensi mereka MMO Entertainment telah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara ini menerusi akaun sosial media mereka.

Antara yang terkandung dalam kenyataan tersebut adalah :

Hello, kami MMO Entertainment.

Pertama sekali, kami ingin memohon maaf kepada IN2U (kelab peminat IN2IT) yang menyayangi dan sentiasa mengambil berat tentang IN2IT kerana kami menyampaikan berita yang mendukacitakan ini.

Ahli kumpulan IN2IT iaitu Kim Sunghyun telah membuat keputusan untuk menghentikan segala aktivitinya bersama kumpulan kerana sebab-sebab peribadi. 

Terima kasih atas kasih sayang dan sokongan yang ditunjukkan tanpa henti selama ini. Kami mengharapkan agar anda semua terus menyokong Kim Sunghyun dan selepas ini IN2IT akan meneruskan  segala aktiviti serta promosi dengan enam orang ahli. 

Terima kasih.

IN2IT ditubuhkan menerusi program survival Mnet “Boys24” pada tahun 2016.  6201was initially formed through Mnet’s 2016 survival show “Boys24.” Kumpulan ini baru sahaja buat kemunculan semula dengan hanya 6 orang ahli dengan single “Run Away” berikutan penyertaan Kim Sunghyun dalam “Produce X 101.” IN2IT kini dianggotai oleh Yoo Ji-ahn, Jung Yeon-tae, Hwang In-ho, Han Hyun-uk, Lee In-pyo, dan Isaac Voo.

Kim Sunghyun merupakan ahli yang kedua meninggalkan kumpulan tersebut setelah Jinsub berbuat demikian pada tahun 2018.

Sumber : OSEN

Komentar

comments

loading...