/Sumber terdekat dakwa Ahn Jae Hyun sengaja keluar berfoya-foya sewaktu sambutan harijadi nya, adalah tak tepat

Sumber terdekat dakwa Ahn Jae Hyun sengaja keluar berfoya-foya sewaktu sambutan harijadi nya, adalah tak tepat

Laporan media Ilgan Sport tampil mempertahankan Ahn Jae Hyun di atas dakwaan Ku Hye Sun yang mengatakan Ahn Jae Hyun sengaja keluar berjumpa dengan kawan-kawannya semata-mata untuk menyambut majlis harijadinya.

Pada 21 Ogos 2019 lalu, seorang netizen membuat pendedahan bahawa dia telah menyaksikan sendiri Ahn Jae Hyun keluar ‘dating’ dengan tiga orang gadis tak dikenali tanpa kelibat isterinya, Ku Hye Sun untuk menyambut hari jadinya bersama. Walaupun tidak dapat dipastikan tarikh sebenar foto itu diambil, Ahn Jae Hyun memakai baju yang berwarna hijau yang serupa dengan apa yang dipaparkannya menerusi instagram pada 30 Jun, sehari sebelum hari jadinya dijadualkan pada 1 Julai. Seorang wanita dalam foto berkenaan disyaki ialah pekerja HB Entertainment, di mana netizen itu menggelarkannya sebagai ‘ketua kumpulan Hyun Ji’. Foto janji temu itu berkemungkinan diambil samada sebelum atau selepas Ahn Jae Hyun dikatakan bergaduh teruk dengan Ku Hye Sun pada pagi hari kejadian.

Ia rentetan daripada pendedahan oleh Ku Hye Sun sendiri memberitahu bahawa dia pernah bergaduh teruk dengan Ahn Jae Hyun pada hari jadi suaminya itu (1 Julai 2019) gara-gara rumah ibunya tidak mempunyai penghawa dingin di rumah. Kemudian, dia berkata, “Dia tetap nak makan sup daging pada hari jadinya, sebab itulah pagi-pagi lagi saya sudah sediakannya sejak subuh lagi dan dia hanya merasa sedikit saja sebelum keluar menyambut harijadi dengan orang lain.”

Berlainan daripada apa yang netizen fahami daripada pengakuan Ku Hye Sun sebelum ini, Ilgan Sport melaporkan, pada hari kejadian, Ahn Jae Hyun begitu sibuk dengan jadual penggambaran drama MBC ‘People with Flaws’ sehingga dia terpaksa berulang-alik ke sana sini. Selepas saja beliau makan sarapan di rumahnya (sup daging seperti yang diberitahu oleh Ku Hye Sun), Ahn Jae Hyun mengunjungi rumah seorang krew drama tersebut sebelum beliau dikejutkan dengan sambutan hari jadi. Ahn Jae Hyun dikatakan menyukai kejutan kecil majlis hari jadi itu sehingga beliau tak menyedari foto itu telah tersebar ke dalam media sosial dan mungkin mendapat perhatian isterinya, Ku Hye Sun beberapa hari kemudian. Pada sebelah petang pula, selesai saja sesi pembacaan skrip oleh krew-krew drama, Ahn Jae Hyun dijemput oleh krew sekalian untuk makan malam bersama seperti dalam foto yang ditularkan oleh netizen.

Sumber Ilgan Sports tersebut selari dengan apa yang didedahkan oleh Dispatch. Petikan daripada mesej Kakaotalk antara mereka itu membuktikan tiada sangkaan buruk berlaku antara Ku Hye Sun dan Ahn Jae Hyun pada hari kejadian, dengan hanya mesej-mesej seperti ‘Makanan itu sangat sedap. Terima kasih.’ dan ‘Happy Birthday’ sahaja dapat diperolehi.

Sementara itu, dalam perkembangan lain hari ini, 5 September 2019, pihak Ahn Jae Hyun menafikan cerita Ku Hye Sun yang mendapati suaminya telah berkunjung ke hotel bersama seorang pelakon wanita, yang disebut-sebut sebagai skandal suaminya. Ku Hye Sun juga dikatakan telah menyimpan foto wanita itu yang mengenakan gaun hotel untuk dijadikan sebagai bukti di dalam mahkamah kelak. Netizen membuat spekulasi aktress tersebut ialah samada Oh Yeon Seo atau Kim Seul Gi lantas menyebabkan kedua-duanya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut. Oh Yeon Seo kemudiannya bertindak mahu menyaman Ku Hye Sun.

Sumber: IS Plus, Daily Sport , sport chosun

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.