/3 tahun tak berlakon drama, Kim Hee Ae akan menjadi isteri dikhianati di dalam jtbc World of Husband & Wife bersama Park Hae Joon & Han Soo Hee?

3 tahun tak berlakon drama, Kim Hee Ae akan menjadi isteri dikhianati di dalam jtbc World of Husband & Wife bersama Park Hae Joon & Han Soo Hee?

Sesiapa berminat menyaksikan lakonan Kim Hee Ae semula, pastinya bergembira apabila aktress itu sedang mempertimbangkan drama terbaru terbitan jtbc, berjudul ‘The World of Husband and Wife’. Turut sama bakal menyertai drama tersebut ialah pelakon Park Hae Jun dan Han So Hee.

jtbc ‘The World of Husband and Wife’ berkisarkan tentang kehidupan rumahtangga orang kaya yang mulanya disangka terhasil dengan cinta, tapi rupanya hanya sangkaan palsu semata-mata. Kim Hee Ae akan membawakan watak seorang isteri yang mahu membalas dendam apabila mengetahui dirinya telah dikhianati. Manakala, Park Hae Joon dan Han Soo Hee masing-masing telah ditawarkan watak hartawan dunia hiburan merangkap sebagai seorang pengarah filem dan pengajar senaman Filates.

Kim Hee Ae pernah membawa watak seorang isteri yang mencurangi suaminya apabila terjatuh cinta dengan pemain piano lakonan Yoo Ah In di dalam jtbc Secret Love Affair sebelum ini, dan sudah pastinya watak dalam drama sebegini bakal menyerlahkan lagi ketrampilan aktress veteran itu, yakni pemenang dua kali Best Actress (TV) Baeksang Art Awards. Drama terakhir lakonan Kim Hee Ae ialah SBS Second To Last Love yang disiarkan pada tahun 2016.

jtbc The World of Husband and Wife bakal mendapat sentuhan pengarah yang pernah tercalon Best Director 7th CARI Kdrama Awards menerusi drama jtbc Misty, iaitu Mo Wan Il dan bakal ditulis oleh Joo Hyun (“jtbc Miss Temper & Nam Jum Gi”).

Sumber: xsportnews , donga

Komentar

comments

loading...