/Sempena 13 tahun dalam industri muzik & sebelum menyertai tentera, FT ISLAND hadiahkan peminat dengan ‘Zapping’

Sempena 13 tahun dalam industri muzik & sebelum menyertai tentera, FT ISLAND hadiahkan peminat dengan ‘Zapping’

Baru-baru ini, kumpulan FT ISLAND telah menjalani sesi photo shoot  dan wawancara untuk dimuatkan dalam majalah NYLON edisi September.  Ketika sesi tersebut berlangsung, kumpulan ini berkongsi cerita mengenai perjalanan mereka selama 13 tahun serta perubahan yang telah mereka alami. Disamping itu, mereka turut berkongsi kegembiraan mengenai album terbaru mereka.

Lee Hong Ki dilihat menyatakan keyakinan dan kepercayaan terhadap kemampuan kumpulannya  yang kini telahpun berusia 13 tahun . Dia kemudian berkata, “Apa yang saya rasakan melalui kerjaya muzik kami adalah untuk band, muzik-muzik kami bertambah segar dan matang seiring bertambah usia kami. Saya fikir kami akan terus menunjukkan lapisan yang lebih mendalam serta  berlainan dan akan terus mencipta sisi baru kami pada masa mendatang.”

Saat membicarakan mengenai album terbaru FTISLAND, ‘Zapping’, Lee Hong Ki mengatakan album ini merupakan gabungan dari idealisme band dengan selera pendengar muzik. “Kami fikir ini adalah album yang mempunyai gabungan elemen hebat antara muzik yang kami inginkan dengan muzik yang disukai ramai,” jelas Lee Hong Ki.

“Album ini juga mengandungi elemen yang mengingatkan kembali pada koleksi muzik-muzik FT ISLAND yang lalu.  Semestinya anda juga akan mengetahui bagaimana muzik kami telah berkembang sehingga kini,” tambah Lee Hong Ki.

FT ISLAND akan melancarkan album mini ketujuh mereka “Zapping” pada 9 September ini. Lagu berjudul “Quit”  yang bergenrekan rock menceritakan tentang kesakitan yang dialami oleh seseorang saat berpisah dengan kekasihnya. Vokal mantap Lee Hong Ki akan menaikkan lagi lagu “Quit” dan menyerlahkan lagi emosi yang terkandung dalam lagu tersebut.  Album “Zapping”  dijangka menjadi album terakhir Lee Hong Ki bersama ahli kumpulannya sebelum dia mendaftar masuk menjalani khidmat tenteranya pada 30 September ini.

Khabar angin Minhwan dikecualikan dari khidmat tentera kerana mempunyai tiga orang anak adalah tidak besar tidak benar. Ini respon dari pihak tentera.

Dalam sebuah laporan media yang berasingan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Kementerian Ketenteraan menjawab khabar angin yang mengatakan Minhwan berkemungkinan besar akan dikecualikan daripadanya menjalani khidmt tentera berikutan mempunyai tiga orang cahaya mata.

Sumber tersebut memberitahu portal TV Report , “Tidak benar  jika seseorang itu mempunyai bilangan anak yang ramai akan dikecualikan daripada aktiviti ketenteraan. Namun sekiranya seseorang itu mempunyai banyak tangunan, mereka juga harus memenuhi beberapa kriteria mengenai pendapatan mereka seperti yang diumumkan pada Disember lepas.”

Antara kriteria untuk mendapatkan pengecualian ketenteraan adalah hanya seorang sahaja dalam keluarga yang mencari nafkah dan bergantung hidup. Pendapatan pula mestilah kurang daripada 68.6 juta won (kira-kira $ 56,458) dan pendapatan sebulan untuk keluarga  seramai empat ahli mestilah kurang daripada 1,845,414 won (kira-kira $ 1,520).

TV Report juga menjelas, biarpun sepanjang menjalani khidmat tentera selama 21 bulan tanpa pendapatan, namun sekiranya keluarga Minhwan bekerja dan boleh menjana pendapatan , maka Minhwan tidak akan dikecualikan daripada perkhidmatan tentera.

Minhwan bagaimanapun boleh memohon untuk laksanakan perkhidmatan ketenteraannya dengan berkhidmat sebagai pengawal tentera sepenuh masa. Setelah tamat latihan asas sebagai askar tugas aktif, mereka akan berkhidmat dalam beberapa bahagian seperti kementerian dalam negeri yang memerlukan mereka berkhidmat secara harian dan membolehkan mereka pulang ke rumah setiap hari. Sesiapa sahaja yang mempunyai anak, tidak kira status perkahwinan mereka dan sesiapa yang telah berkahwin boleh memohonnya.

Menurut FNC Entertainment, selain Lee Hong Ki, ahli-ahli FT ISLAND yang lain masih belum menerima notis pendaftaran perkhidmatan tentera mereka. Namun begitu, kesemua mereka bersedia untuk berkhidmat apabila tiba masanya.

Sumber : OSEN | tvreport

Komentar

comments

loading...