/Ku Hye Sun nafi laporan Dispatch tentang punca mereka bergaduh, dakwa Ahn Jae Hyun yang curang sebaliknya

Ku Hye Sun nafi laporan Dispatch tentang punca mereka bergaduh, dakwa Ahn Jae Hyun yang curang sebaliknya

Ku Hye Sun menyangkal laporan forensik yang dibuat oleh Dispatch tentang punca penceraiannya dengan Ahn Jae Hyun berdasarkan beberapa keratan mesej antara mereka yang didedahkan pada pagi tadi.

Menurut laporan Dispatch, Ahn Jae Hyun dan Ku Hye Sun berpindah ke rumah kelamin mereka di Gyeonggi-do sekitar Mac 2017. Keratan mesej itu turut mendedahkan kedua-dua pasangan mempelai berikut dilihat kerap berinteraksi dengan ciapan seperti ‘sayang ♥’ dan ‘saya cintakan kamu’ sehinggalah setahun kemudian.

Salah satu keratan mesej yang diperolehi oleh Dispatch.

Pada awal Mac 2019, Ku Hye Sun dilaporkan berkata,  “Sudah tiga pagi. Berapa kali kau nak aku diam saje? Kita tinggal bersama.” Dalam mesej berikutnya ketika Ahn Jae Hyun keluar minum bersama-sama pekerjanya, Ku Hye Sun pula berkata, “Aku tak sihat. Dah pukul satu tapi langsung tak ‘call’ pun. Aku minum keseorangan saja ni. Pelik tak?..” Ahn Jae Hyun kemudiannya membalas, “Aku minta maaf sayang, aku tengah minum bersama kawan. Minta maaf. Aku tak minum banyak macam kau sangka. Maaf ya.” Beberapa mesej berikutnya turut mendedahkan Ku Hye Sun sangat mendambakan belaian kasih suaminya sambil mendakwa dirinya selalu keseorangan di dalam rumah. Ku Hye Sun juga dilaporkan Disptach terlalu marah apabila mendapat tahu sambutan hari jadi suaminya dengan kawan-kawan dibuat tanpa pengetahuannya.

Sehubungan dengan itu, Ku Hye Sun bersuara kembali di instagram-nya bertindak balas terhadap laporan Dispatch itu dengan mendakwa Ahn Jae Hyun telah mencurangi dirinya dengan pelakon wanita yang dibintangi oleh mereka bersama-sama sekarang. Ku Hye Sun berkata, “Laporan forensik Dispatch? Aku tukar telefon bimbit tiga kali tahun ini saja. Kami bercerai kerana Ahn Jae Hyun didapati curang kepadaku. Aku dengar banyak khabar angin Ahn Jae Hyun keluar janji temu dengan pelakon wanita dia bintangi bersama. Ia menyakitkan hatiku samada perlu percaya atau tak. Bila saja dapat tahu dia bertukar-tukar mesej Kakao dengan perempuan itu manakala sebaliknya dia pula kata dia sibuk sangat, aku terasa diriku dikhianati terang-terang. Sebab itulah aku perlukan masa untuk perbetulkan balik perasaan kualami.”

Tambahnya lagi, “Aku ada simpan gambar perempuan yang dijumpai di dalam laptop milik suamiku dengan berpakaian gaun hotel saja . Aku akan bagi mahkamah nanti sebagai bukti.”

Netizen yang terkejut pendedahan Ku Hye Sun itu membuat spekulasi bahawa pelakon wanita itu berkemungkinan Oh Yeo Seo. Walaubagaimanapun, label agensi Oh Yeo Seo menafikan spekulasi jahat itu dan akan bertindak tegas terhadap mana-mana cubaan mengaitkan aktress jagaan mereka dengan wanita yang dicurangkan bersama Ahn Jae Hyun tersebut.

Sumber: mk , hankookilbo , money today

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.