/IU merampas takhta Kmania Top Stars milik Kang Daniel untuk bulan Ogos 2019

IU merampas takhta Kmania Top Stars milik Kang Daniel untuk bulan Ogos 2019

Drama ‘Hotel del Luna’ baru saja melabuhkan tirainya, tetapi pelakon utamanya, IU terus-menerus diangkat sebagai pemegang takhta Kmania Top Star bagi bulan Ogos 2019, sekaligus merampas takhta tersebut daripada tangan Kang Daniel. IU telah memperolehi undian tertinggi sebanyak 357 mengatasi pesaing-pesaingnya terdekat dengan hanya beberapa pungutan undi saja di belakangnya. IU melompat dari kedudukan no. 4 pada bulan lepas.

IU atau dikenali dengan nama sebenarnya, Lee Ji Eun bermula kerjayanya sebagai penyanyi sebelum mengorak langkah untuk bergelar pelakon. Dikenali atas bakatnya dalam penulisan lagu, di hadapan orang ramai, IU sentiasa menjadi rebutan bukan saja kerana kecomelan atau kepetahannya dalam bercakap malah pergaulannya bersama peminat membuatkan media tak serik-serik menggelarkannya, Negara Ini Punya Adik Perempuan (“Nation Little’s Sister”) menunjukkan betapa sayangnya mereka terhadapnya. Sehinggakan, ada tiga jejaka daripada kalangan selebriti sudah pun terpaut hati mereka padanya!

Baca lagi : 3 selebriti terkenal ini terang-terang mengaku terjatuh cinta dengan Lee Ji Eun IU

Tambahan lagi, Lakonan IU sebagai Jang Man Wol di samping Yeo Jin Goo di dalam tvN Hotel del Luna betul-betul meninggalkan kesan mendalam buat penonton drama korea apabila IU menunjukkan sisi pemarah yang berselindung di sebalik perangai ‘queen control’-nya, seolah-olah seperti watak animasi tsundere. Dengan gaya lakonan beraneka ragam serta pemakaian fesyen yang berbagai-bagai ditonjolkan di dalam drama tersebut, IU membuatkan penonton terasa dibuai-buai seperti sedang dilamun cinta. Sudah pastinya watak fiksyen Jang Man Wol sebagai pemilik Hotel Del Luna, yakni tempat persinggahan hantu-hantu sebelum menuju ke alam seterusnya itu, bakal dikenangi sebagai antara gubahan watak romantis terbaik pernah dilakukan oleh Hong Sisters.  Populariti drama Hotel Del Luna yang dikecapi sepanjang bulan Ogos ini juga senada dengan populariti dimiliki oleh idol bergelar pelakon ini.

Kita beralih pada kedudukan nombor dua pula, yakni diisi oleh Taehyung daripada kumpulan BTS yang memberikan saingan sengit pada IU. Taehyung BTS, bekas pemegang takhta Kmania Top Star bulan Sept 2018, melonjak naik dari posisi nombor 5 pada bulan lepas. Barangkali penangan lagu solo ‘Winter Bear’ serta betapa terujanya peminat Army mengikuti perkembangan selebriti itu sepanjang masa telah merancakkan lagi populariti Taehyung. Walaupun BTS mengambil keputusan untuk berehat selama hampir dua bulan, namun peminat seakan-akan belum lagi mahu melepaskan mereka untuk seketika.

Baca lagi : Merayu peminat untuk lukiskan ‘Simpson’ buatnya, Taehyung BTS telah raih perhatian produser The Simpsons sebenar

Tempat ketiga dan keempat pula masing-masing diduduki oleh Ong Seung Wu dan Kim Hyang Gi. Kedua-dua selebriti ini merupakan pelakon utama drama jtbc Moment of Eighteen yang sedang hangat ditayangkan. jtbc Moment of Eighteen ialah sebuah naskah tentang perjalanan anak-anak muda remaja merakamkan pelbagai kenangan bersama di usia 18 tahun. Ketampanan wajah yang dimilikinya sudah pasti telah melonjakkan kedudukan Ong Seung Wu daripada no.10 sebelum ini manakala Kim Hyang Gi pula memasuki carta Kmania Top 10 Stars buat pertama kali.

Baca lagi : Menantikan belaian manja Ong Seung Wu di dalam jtbc ‘Moment of Eighteen’

Seterusnya, kedua-dua penyanyi daripada kumpulan TWICE, Nayeon dan Jihyo berjaya berjaya menempatkan diri mereka masing-masing untuk tangga kelima dan kesembilan pada carta Kmania Top 10 Stars kali ini. Sudah semestinya penangan konsert TWICE yang dijenamakan sebagai TWICELIGHTS di Malaysia baru-baru ini masih lagi berbahang, membuatkan peminatnya di Malaysia tidak putus-putus untuk mengundi kedua-duanya. Jihyo, selaku ketua kumpulan TWICE dan diheret pula dengan gosip cintanya bersama Kang Daniel, tetap mampu mengekalkan kesinambungan popularitinya.

Jimin BTS kembali mendaki masuk ke dalam carta Kmania Top 10 Stars selepas terperosok keluar pada bulan lepas. Beliau berjaya menduduki di tangga ke-6. Seperti juga Taehyung, walaupun mereka sepatutnya berehat daripada segala aktiviti seni, Jimin dilihat aktif berinteraksi bersama peminat Army sekurang-kurangnya dua minggu sekali. Malah, sekumpulan peminat Jimin di tanah besar China juga dijangka akan menyambut hari jadinya dengan memaparkan ‘billboard’ secara besar-besaran di tengah-tengah bandar Shanghai, China setelah berbuat demikian di Pavilion, Kuala Lumpur pada tahun lepas.

Tempat ke-7 dan ke-8 masing-masing diisi oleh Kang Daniel dan Bi Rain. Kang Daniel menurun daripada kedudukan no.1 pada bulan lepas manakala Bi Rain pula memasuki carta Kmania untuk pertama kali sejak setahun. Penurunan populariti secara mendadak barangkali disebabkan kekecewaan sesetengah peminatnya yang diterjemahkan dalam bentuk undian apabila dimaklumkan bahawa beliau sedang menyulam kasih bersama Jihyo TWICE. Namun, jangan disangka-sangka Kang Daniel mampu kembali semula merajai carta Kmania jika dibantu dengan sokongan padu peminat-peminat yang tak sabar menantikan kemunculan idol paling sensasi ini di Malaysia dalam beberapa minggu saja lagi! Sementara itu, lakonan Bi Rain atau nama sebenarnya Jung Ji Hoon di dalam drama MBC Welcome 2 Life sebagai peguam berhadapan dengan dua dunia dari dimensi berbeza telah melonjakkan namanya secara tiba-tiba dalam kalangan peminatnya di Malaysia selain aura ketampanan yang terpancar selaku suami kepada pelakon Kim Tae Hee.

Akhir sekali, hero drama ‘Hotel del Luna’, Yeo Jin Gu kembali semula memasuki carta Kmania Top 10 Stars di tangga kesepuluh. Yeo Jin Gu bermula daripada pelakon kanak-kanak sebelum berubah menjadi matang seiring dengan lakonannya sebagai pengurus Hotel Del Luna, Ku Chan Seong. Walaupun IU dan Yeo Jin Gu dibezakan empat tahun usia tetapi Yeo Jin Gu mampu menampakkan dirinya ‘sebaya’ dengan IU di dalam drama tersebut.

Secara kesimpulannya, carta Kmania Top 10 Star kali ini menyaksikan selebih-lebihnya dua orang wakil daripada drama dan kumpulan kpop tertentu berjaya menempatkan diri mereka manakala duo Blackpink paling popular di Malaysia, Lisa dan Jisoo akhirnya terkeluar selepas berbulan-bulan menghuni carta tersebut.

NO.

Top 10 Stars

Name

1 Lee Ji Eun IU
2 Taehyung BTS
3 Ong Seung Wu
4 Kim Hyang Gi
5 Nayeon TWICE
6 Jimin BTS
7 Kang Daniel
8

 

Bi Rain
9

 

Jihyo TWICE
10 Yeo Jin Gu

Segala keputusan di atas adalah berdasarkan undian secara atas talian menerusi website kami kmania.info. Untuk mengetahui carta Top 10 ‘Kmania Top Stars’ sila klik pautan seperti di bawah:

Komentar

comments

loading...