/Dikaitkan dengan skandal curang Ahn Jae Hyun, Oh Yeon Seo mahu saman Ku Hye Sun cukup-cukup

Dikaitkan dengan skandal curang Ahn Jae Hyun, Oh Yeon Seo mahu saman Ku Hye Sun cukup-cukup

Oh Yeon Seo mengambil tindakan undang-undang hari ini bagi menyaman Ku Hye Sun di atas kenyataan pelakon itu yang berbaur fitnah dan dipercayai mengaitkan dirinya dengan skandal curang Ahn Jae Hyun.

Menurut portal OSEN, pada 4 September 2019, jurucakap Celltrion Entertainment dilaporkan berkata, “Dakwaan mengatakan bahawa Ahn Jae Hyun sedang bercinta dengan pelakon yang dibintanginya bersama-sama sekarang adalah tidak benar. Oh Yeon Seo sedang membaca segala komentar yang merujuk pada dirinya akhirnya membuatkan dia sangat tertekan.”

Sebutnya lagi, “Apa yang diposkan oleh Ku Hye Sun amatlah karut. Ia sangat memalukan dan betul-betul terdesak. Walaupun Ku Hye Sun tak menamakan Oh Yeon Seo terang-terang, tetapi situasi menjurus pada dirinya. Kenyataan Ku Hye Sun itu adalah tohmahan dan berniat jahat”.

Sebelum itu, Ku Hye Sun membuat pengakuan mengejutkan bahawa suaminya telah mencurangi dirinya dan dia masih menyimpan bukti gambar perempuan tersebut mengenakan gaun hotel yang diperolehinya daripada laptop suaminya. Ahn Jae Hyun dan Oh Yeon Seo kini sedang membintangi drama MBC People with Flaws dan dijangka disiarkan tak lama lagi sekiranya pihak produksi memutuskan untuk meneruskan tayangan tersebut.

Sumber: OSEN

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.