/Akui peminat tegar, Ko Soyoung bahasakan dirinya sebagai ‘mama’ kepada Kang Daniel

Akui peminat tegar, Ko Soyoung bahasakan dirinya sebagai ‘mama’ kepada Kang Daniel

Kebanyakan golongan ibu berusia 40-an ke atas sangat meminati Kang Daniel, tidak kurang juga buat pelakon Ko Soyoung ini.

Ko Soyoung membuat pengakuan di laman sosialnya bahawa dia sebenarnya peminat tegar Kang Daniel. Katanya, ” Kang Daniel, setiap kali kamu nampak begitu sopan sangat. Kini, anakku ini sudah pun membesar. Ini daripada peminatmu, sang ibu.” Gambar tersebut dipercayai diambil sewaktu kedua-duanya menghadiri jualan besar-besaran oleh Fendi di pusat beli-belah Galleria, Seoul baru-baru ini.

Ko Soyoung berkahwin dengan Jang Dong Gun pada tahun 2010 dan dikurniakan seorang anak lelaki dan juga seorang anak perempuan.

Sumber: xsportnews

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.