/Perang rumah tangga Ahn Jae Hyun & Ku Hye Sun bakal meletus lagi, kali ini kucing pula didakwa sebagai penyebab?

Perang rumah tangga Ahn Jae Hyun & Ku Hye Sun bakal meletus lagi, kali ini kucing pula didakwa sebagai penyebab?

Ku Hye Sun kembali  memperkatakan tentang hubungannya dengan suami, Ahn Jae Hyun yang kini berada di ambang penceraian.

Kali ini, Ku Hye Sun mendakwa disebabkan Ahn Jae Hyun tidak menjaga kucing peliharaan mereka dengan baik, beliau tidak boleh bercerai selagi beliau belum memiliki hak penjagaan sepenuhnya ke atas haiwan tersebut. “Ahju. Kucing ini telah lama bersama denganku dan ianya memang milikku. Dia (Ahn Jae Hyun_ tak bagi makan atau cuci tahinya tetapi berani umumkan penceraian dan sanggup merampasnya dari tanganku supaya kami tidak boleh bercerai,” katanya di dalam instagram-nya hari ini, pada 3 September 2019.

Semalam, Ku Hye Sun memberikan petanda bahawa beliau akan bersara daripada menjadi selebriti sepenuh masa menerusi bingkisan luahan yang dimuatnaik ke dalam instagram-nya. Peguamnya, Jung Kyung Suk mengesahkan perancangan Ku Hye Sun itu adalah kerana mahu menyambung pelajaran di kolej nanti selepas koleksi eseinya ‘I am Your Pet’ diterbitkan. Setakat ini, pihak Ahn Jae Hyun belum mengeluarkan sebarang kenyataan balas walaupun pernah berjanji untuk berbuat demikian pada dua minggu lepas.

Sumber: tv report

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.