/Ku Hye Sun dedah janji-janji yang didakwa tak pernah ditunaikan Ahn Jae Hyun sepanjang melayari bahtera bersama

Ku Hye Sun dedah janji-janji yang didakwa tak pernah ditunaikan Ahn Jae Hyun sepanjang melayari bahtera bersama

Belum pun reda bertekak tentang hak penjagaan kucing peliharaan, Ku Hye Sun bertindak mendedahkan senarai janji-janji yang sepatutnya dibuat oleh Ahn Jae Hyun  sepanjang melayari bahtera perkahwinan bersama di laman instagramnya sebentar tadi, 3 September 2019.

Antaranya, Ahn Jae Hyun diminta supaya meneguk arak di luar rumah dan mesti balik ke rumah sebelum pukul 11 malam. Selain itu, janji-janji seperti ‘Jangan bazirkan ketam’, ‘Jangan sepahkan baju merata-rata’ ,’Makan ikut jadual’, ‘Bersihkan tempat berak kucing’, dan ‘Bersihkan kasut’ jelas kelihatan di dalam gambar yang dikongsikan itu. Ku Hye Sun mendakwa tiada satu pun arahannya dipedulikan oleh Ahn Jae Hyun lantas menulis kapsyen berbunyi, “Jadilah seperti manusia”.

Kemelut pertelingkahan antara kedua-dua pasangan selebriti ini, Ahn Jae Hyun dan Ku Hye Sun berlarutan berminggu-minggu selepas Ku Hye Sun membuat pengakuan mengejutkan bahawa suaminya akan menuntut cerai daripadanya. Sejak daripada itu, Ku Hye Sun kerap menggunakan laman instagram-nya bagi membuat sesi luahan tentang hubungannya dengan Ahn Jae Hyun.

Sumber:  my daily, newsen

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.