/Wi Ha Joon mungkin gantikan Eric Moon untuk ‘remake’ drama MBC “Que Sera Sera”

Wi Ha Joon mungkin gantikan Eric Moon untuk ‘remake’ drama MBC “Que Sera Sera”

Wi Ha Joon berkemungkinan membintangi drama sekuel drama MBC “Que Sera Sera”!

Pada 29 Ogos, sumber daripada drama tersebut telah memberitahu portal berita Ilgan Sports dengan berkata, “Wi Ha Joon akan melakonkan watak hero dalam drama ‘Que Sera Sera,’ di mana ia merupakan drama ‘remake’ buat pertama kali dalam tempoh 13 tahun.”

Sumber dari agensi Wi Ha Joon, MSTeam Entertainment memberikan maklum balas mengenai perkara ini kepada Newsentold Newsen, “ Wi Ha Joon telah menerima tawaran untuk membintangi drama ‘remake’  ‘Que Sera Sera sebagai teraju utama dan sedang menelitinya secara positif.”

Wi Ha Joon telah ditawarkan watak sebagai Kang Tae Joo, seorang pengarah syarikat pengiklanan yang sebelum ini pernah dilakonkan oleh Eric untuk versi asal. Kang Tae Joo berjaya mencipta namanya dalam dunia pengiklanan kerana dia mempunyai idea-idea yang kreatif, mementingkan ketelitian dan memiliki peribadi yang baik.  Dia sememangnya terkenal dikalangan pelanggan wanita dan berkemahiran dalam mendapatkan kontrak serta bertemujanji.  Terdahulu Eric Moon dan Jung Yu telah menolak tawaran untuk muncul semula membintangi drama ‘remake’ “Que Sera Sera”.

“Que Sera Sera” adalah sebuah drama 17 episode yang telah keudara menerusi rangkaian MBC mulai Mac sehingga Mei 2007. Drama ini menceritakan mengenai kehidupan professional dan romantis empat karakter yang bekerja dalam industri fesyen. Ianya telah mendapat sentuhan pengarahan dari PD Kim Yoon Chul yang pernah menghasilkan  “My Lovely Sam Soon” dan “The Lady in Dignity” serta skripnya dinukilkan oleh Do Hyun Jung yang telah menghasilkan naskhah untuk drama “The Village Achiara’s Secret” dan “Children of Nobody.”

Wi Ha Joon mula dikenali ramai menerusi drama JTBC “Pretty Noona Who Buys Me Food” dan popularitinya kian meningkat setelah membintangi drama tvN “Romance Is a Bonus Book”. Selain itu, Wi Ha Joon juga pernah mencipta nama menerusi filem  “Gonjiam: Haunted Asylum” dan “Girl Cops.”

Sumber : Newsen | isplus

TAGS:

Komentar

comments

loading...