/Mampukah Han Byul pertahankan penguasaan Big Stage 2019 minggu ke-3 dengan “I Will Never Love Again”?

Mampukah Han Byul pertahankan penguasaan Big Stage 2019 minggu ke-3 dengan “I Will Never Love Again”?

Program realiti, “Big Stage 2019”, telah berlangsung dengan jayanya pada minggu kedua di mana 12 bintang “BBNU” mempersembahkan nyanyian yang sangat mengagumkan. Menggalas tugasan yang diberikan pada minggu tersebut yang bertemakan “Hype Beat”, ia jelas sekali telah menguji tahap kemampuan sebenar setiap peserta.

Minggu kedua “Big Stage 2019” sekali lagi telah menyaksikan persembahan yang cukup luar biasa dari bintang Korea Selatan iaitu Han Byul, di mana beliau telah memukau mata juri sehinggakan menerima ‘standing ovation’ dari kedua-dua juri tetap, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Judika. Han Byul menyahut cabaran dengan menyampaikan lagu penyanyi, Nabila Razali berjudul ‘Vroom Vroom’ dengan begitu bertenaga seterusnya melayakkan beliau mendapat markah tertingga sebanyak 89.33 peratus! Han Byul turut diumumkan sebagai “Bintang Pilihan Big Stage” untuk minggu kedua. 

Pada pandangan penulis, persembahan Han Byul menunjukkan betapa usaha kerasnya terbayar. Dengan sebutan Bahasa Melayu yang betul, penuh penjiwaan selain vokal yang mantap dan penguasaan pentas yang hebat, Han Byul memang layak untuk mendapat ‘standing oviation’. Apa yang dinyanyikan, dipersembahkan , sampai kepada juri dan para penonton. Mungkin dengan sedikit arrangement lagu ini menyerlah lagi vokal dan persembahan penyanyi dari Korea ini. Bahkan, pada pendapat peribadi penulis, Han Byul menyampaikan lagu ini begitu sempurna berbanding dengan penyanyi asalnya. Boleh jadi lagu “Vroom Vroom” ini akan mendapat tempat atau jadi pilihan selepas Han Byul menyanyikannya.

Bintang yang berasal dari Indonesia, Dinda Permata, turut dilihat konsisten dengan persembahannya, ‘Temberang’ oleh Ayda Jebat, dan juri telah memberikan beliau markah sebanyak 82.67 peratus. Selain itu, Santesh mengikuti rapat dengan persembahan penuh warna warni, menyampaikan lagu ‘Balqis’ nyanyian asal Datuk Seri Siti Nurhaliza. Santesh menyerlahkan tahap kreativitinya apabila menyelitkan elemen nyanyian tradisional India dalam persembahan beliau sehingga membuatkan juri dan audiens di dewan bersorak sakan. Santesh merekodkan sejumlah 80.33 peratus markah untuk minggu kedua.

Lain pula cerita bagi Sheryl Shazwanie, Aziz Harun dan Chaleeda Gilbert yang tersenarai di kedudukan tiga terendah. Satu-satunya penyanyi dari Thailand iaitu Chaleeda Gilbert bijak memilih konsep hiasan pentas yang menarik, namun begitu juri merasakan kualiti nyanyian beliau kurang bertenaga. Di samping itu, bintang yang berasal dari Brunei, Aziz Harun, dikritik hebat oleh juri tetap, Judika yang mengatakan bahawa “Kawalan pernafasan Aziz dilihat tidak seimbang dan persembahan vokal yang kurang memuaskan”. Manakala Sheryl Shazwanie pula dikritik juri jemputan, Datuk Syafinaz Selamat, apabila beliau memberi komen yang Sheryl tidak memahami lirik lagu semasa membuat persembahan. Nasib tidak menyebelahi Syeryl apabila beliau diumumkan sebagai peserta yang pertama meninggalkan pentas besar “Big Stage”.

Pada konsert minggu ketiga yang bertemakan ‘Glocal Hits’ pada hari Ahad ini, sudah pasti ramai akan menjangkakan persaingan bakal menjadi lebih rancak dan sengit kerana kesemua peserta diberi tugasan untuk membawakan lagu-lagu Melayu dan barat yang “trending” di stesen radio. Adakah Han Byul akan sekali lagi berjaya memukau hati juri dan penonton dengan persembahan beliau,“I Will Never Love Again”, nyanyian penyanyi antarabangsa, Lady Gaga?Atau mampukan Santesh merebut gelaran mingguan “Bintang Pilihan Big Stage” dari tangan Han Byul dengan persembahan lagu, “Di Matamu” dari Sufian Suhaimi? Mungkin juga, bintang berdarah ‘Chin-dian’, Neeta Manishayang berada di kedudukan keempat teratas minggu lalu mampu mencetuskan magis dengan menyampaikan lagu nyanyian Ernie Zakri, “Ku Bersuara”?Siapakah pula di kalangan bintang “Big Stage” yang akan disingkirkan pada minggu ini? Nantikan juga kehadiran seorang lagi ikon muzik terkenal tanah air yang dijemput khas untuk memeriahkan pusingan ketiga pada minggu ini selaku juri jemputan. Sama-sama kita saksikan, Ahad ini.

Sebelum itu, jom saksikan persembahan bertenaga Hanbyul dengan lagunya “Vroom Vroom”.

Komentar

comments

loading...