/Inilah fesyen rambut terbaru saya. Masih kacak tak? – Park Seo Joon

Inilah fesyen rambut terbaru saya. Masih kacak tak? – Park Seo Joon

Nampaknya pelakon kacak lagi menawan, Park Seo Joon dah bertukar gaya rambutnya.

Baru-baru ini, pelakon tersebut telah memotong rambutnya demi memenuhi tuntutan karakter bagi drama terbarunya “Itaewon Class.”  Gaya rambut terbarunya boleh digambarkan seperti buah berangan atau ‘chesnut’. Apapun, masih lagi menarik minat mata untuk melihatnya.

Pelakon tersebut mendedahkan wajah terbarunya ketika dalam perjalanan ke Taiwan atas tuntutan kerja.  Park Seo Joon telah dilantik menjadi duta terbaru produk penjagaan muka dari Taiwan, Dr.Jart.  Park Seo Joon juga memuat naik video melalui saluran YouTubenya yang menunjukkan proses pemotongan rambutnya.

Park Seo Joon nampak lebih muda dengan potongan rambut yang terbaru sekaligus bersesuaian dengan karakternya sebagai Park Sae Roy dalam drama adaptasi webtoom “Itaewon Class”. Watak Park Sae Roy digambarkan sebagai  seseorang yang jujur dan  tidak akan bertolak ansur dengan ketidakadilan.

Sebelum aktor ini memotong rambutnya, dia sempat meluangkan masa untuk bercuti bersama rakan-rakannya seperti V BTS, Choi Woo Sik dan Peakboy. Mungkin selepas bercuti, Park Seo Joon memulakan pengambaran drama terbarunya.

JTBC “Itaewon Class” akan mula ditayangkan selepas drama “Chocolate” berakhir.

Sumber : insight

Photo credit as stated & ig @nownews

Komentar

comments

loading...