/V BTS kongsi gambar percutian bersama Park Seo Joon, Choi Woo Shik dan Peakboy

V BTS kongsi gambar percutian bersama Park Seo Joon, Choi Woo Shik dan Peakboy

Nampaknya ahli-ahli BTS masih lagi sedang bercuti dan masing-masing menikmatinya tempoh bercuti dengan sebaiknya.

Baru-baru ini, V BTS telah berkongsi beberapa keping gambar percutian yang diabadikan bersama rakan-rakan rapatnya.

Dalam gambar tersebut, V dilihat bercuti di atas sebuah kapal layar yang cantik bersama  Park Seo Joon, Choi Woo Shik, dan Peakboy. Salah satu daripada gambar tersebut, V telah lakukan photoshop dengan mengisi gambar Park Hyun Sik di mana rakannya itu sedang menjalani khidmat tentera. Kiranya, V ingin merasakan bahawa Park Hyun Sik ada bersama-sama mereka. Sweet kan!

Terdahulu, Park Seo Joon dan Choi Woo Shik juga turut berkongsi gambar percutian mereka di atas kapal layar yang berlayar membelah  lautan di Instagram masing-masing. Choi Woo Shik merupakan kawan rapat Park Seo Joon, dan beliau juga turut menyertai mereka dalam percutian tersebut.

V menjadi rapat dengan Park Seo Joon dan Park Hyun Sik semasa mereka bersama-sama menjalani pengambaran drama “Hwarang.” Sejak dari itu, mereka saling menyokong antara satu sama lain, menghabiskan masa bersama-sama, dan saling bercakap mengenai satu sama lain dalam sesi temuramah. Ramai yang mencemburui bromance antara mereka kerana semangat setiakawan mereka sangat tulus, tambahan pula mereka merupakan selebriti popular dan memiliki pakej yang sempurna.

Semoga persahabatan antara mereka kekal sampai bila-bila.

 

 

 

Komentar

comments

loading...