/Rancangan kegemaran ramai KBS “2 Days 1 Night” akan kembali dengan musim terbaru!

Rancangan kegemaran ramai KBS “2 Days 1 Night” akan kembali dengan musim terbaru!

Wah, berita yang menggembirakan!

Menurut satu sumber dalaman, rancangan kegemaran ramai ini akan kembali untuk musim terbaru dan laporan ini telahpun disahkan oleh pihak KBS. Pada 29 Ogos, rangkaian tersebut telah mengumumkan dan menyatakan, “Setelah melalui perbincangan yang panjang, kami membuat keputusan untuk memulakan proses pengambaran “2 Days 1 Night”  (turut dikenali juga sebagai “1N2D”)  musim yang ke-4 dan kami merancang untuk menyiarkannya sekitar akhir tahun ini.”

Bagaimanapun pihak KBS belum lagi memutuskan tarikh siaran episode perdana dan siapakah gerangan pemain bagi rancangan ini untuk musim yang terbaru. Namun ada yang mengatakan, ia mungkin kombinasi pemain yang lama dan pemain yang baru. Musim ke-4 ini bakal diarahkan olehBang Geul iaitu PD bagi rancangan variety “Happy Together” dan tahun ini juga merupakan ulangtahun ke 12 rancangan “2 Days 1 Night”.

Terdahulu, KBS ‘2 Days & 1 Night’ ditamatkan penyiarannya serta-merta kerana setelah bergelut dengan kecaman penonton gara-gara kontroversi melibatkan bekas pelakon-pelakonnya iaitu Jung Joon Young yang terbabit dalam rakaman video seks dibuat ke atas beberapa orang mangsa wanita tanpa kerelaan mereka selain kontroversi Cha Tae Hyun dan Kim Jun Ho didapati berjudi secara haram di Thailand.

Sumber : chosun | mbn

Komentar

comments

loading...