/MyMusicTaste realiasikan impian InSomnia dengan membawakan Dreamcatcher ke Malaysia September ini!

MyMusicTaste realiasikan impian InSomnia dengan membawakan Dreamcatcher ke Malaysia September ini!

Kumpulan K-Pop wanita dari Korea Selatan Dreamcatcher, akan berkunjung ke Kuala Lumpur September ini untuk bertemu dengan peminat mereka, InSomnia Malaysia. Sebagai tindak balas terhadap permintaan peminat yang luar biasa menerusi platform  MyMusicTaste, DREAMCATCHER akhirnya memutuskan untuk menemui peminat di Malaysia yang telah lama menunggu kehadiran mereka. Mereka telah bersedia untuk menghadiahkan anda dengan persembahan yang mempersona serta kareografi yang bertenaga.

‘DREAMCATCHER CONCERT : Invitation from Nightmare City in Kuala Lumpur’ adalah konsert mereka yang ke 15 berdasarkan jumlah permintaan peminat menerusi MyMusicTaste, sebuah perkhidmatan dalam talian yang membolehkan peminat meminta band kegemaran mereka mengunjungi bandar mereka. Selepas sesi jelajah konsert di Eropah, Amerika Latin, dan Asia Tenggara, mereka membuat keputusan untuk mengunjungi Malaysia dan Australia, sekaligus menyaksikan mereka kembali bersinar di persada global. Konsert ini akan diadakan pada 6 September 2019 bertempat di KL Live pada jam 7.30 malam.

DREAMCATCHER yang debut pada Januari 2017 dengan single berjudul ‘Nightmare’, berjaya menarik perhatian pengkritik musik dengan konsep “Young Metal” yang unik dan koreografi yang bertenaga. Hasil undian peminat telah meletakkan DREAMCATCHER di tempat ke-3 untuk Billboard Best New K-Pop Acts pada tahun 2017 sekaligus populariti kumpulan ini semakin berkembang diserata dunia.  EP kedua kumpulan ini “You and I” yang dikeluarkan pada 2018 pula telah tersenarai dinombor 7 dalam Billboard’s World Albums Chart.  Seiring dengan pergerakan masa, DREAMCATCHER terus bergerak ke depan dengan momentum yang sama dan menunjukkan bahawa mereka masih lagi relevan serta bertahan diperingkat global.

Dengan kerjasama MyMusicTaste, DREAMCATCHER melancarkan projek crowdfunding pertama mereka untuk photobook  baru mereka pada Julai 2018 dan mencapai 555% daripada matlamat crowdfunding mereka. Album terbaru mereka The End of Nightmare juga mendapat pujian ramai dan menduduki di no.6 Carta Album Dunia Billboard (Billboard’s World Albums Chart). DREAMCATCHER dianggotai oleh tujuh gadis cantik iaitu JiU, SuA, Siyeon, Yoohyeon, Dami, Handong, dan Gahyeon.

Tiket-tiket  ‘DREAMCATCHER CONCERT : Invitation from Nightmare City in Kuala Lumpur’ telah mula dijual pada 29 Julai lepas. Peminat yang meminta DREAMCATCHER in Kuala Lumpur menerusi MyMusicTaste boleh melayakkan mereka mendapatkan akses diskaun sebanyak  20%. Kod promo akan dihantar menerusi email dan nombor telefon yang telah didaftarkan diportal MyMusicTaste. Tiket-tiket berharga RM550, RM450, RM300 dan RM180.

Sebarang maklumat lanjut mengenai konsert dan pembelian tiket, boleh didapatkan menerusi https://mmt.fans/NrrH/  atau menerusi mana-mana laman sosial MyMusicTaste.

Apakata kita tonton sebuah muzik video dari DREAMCATCHER berjudul ‘PIRI’

Komentar

comments

loading...