/Choi Jin Hyuk & Park Sung Woong saling bermusuhan di dalam drama OCN terbaru, ‘Rugal’?

Choi Jin Hyuk & Park Sung Woong saling bermusuhan di dalam drama OCN terbaru, ‘Rugal’?

Choi Jin Hyuk dan Park Sung Woong sedang mempertimbangkan tawaran lakonan di dalam drama OCN terbaru berjudul ‘Rugal’.

OCN Rugal yang diadaptasikan daripada webtoon dengan tajuk yang sama, berkisarkan tentang seorang polis bernama Kang Ki Bum yang akan membuat apa saja untuk menjatuhkan rangkaian organisasi jenayah yang diketuai oleh Hwang Deuk Gu, sehingga dia kehilangan isteri tersayang dan juga kedua-dua belah matanya. Namun selepas kejadian itu, personalitinya berubah daripada seorang suka bergurau kepada seorang yang dahagakan darah penjenayah.

Demi membalas dendam akan kematian isterinya, Kang Ki Bum menjadi pembunuh dan tak semena-mena membiarkan dirinya dipergunakan oleh syarikat berteknologi tinggi, Rugal untuk memusnahkan terus organisasi jenayah tersebut. Rugal memberikannya mata palsu bagi melunaskan misinya itu.Manakala, Hwang Deuk Gu yang bakal dilakonkan oleh Park Sung Woong ini pula digambarkan sebagai seorang bos penjenayah yang sangat kejam dan tahu mengatur rancangan jahat bagi menterbalikkan segala kekurangan ke atasnya.

Park Sung Woong dan Choi Jin Hyuk masing-masing sedang membintangi drama tvN When The Devil Calls Your Name dan KBS Justice.

OCN Rugal akan menemui penonton pada pertengahan tahun 2020.

Sumber: IS Plus

Komentar

comments

loading...