/Agensi sahkan Song Yu Vin & Kim So Hee sudah lama berpisah; akan ambil tindakan undang-undang terhadap penyebar foto

Agensi sahkan Song Yu Vin & Kim So Hee sudah lama berpisah; akan ambil tindakan undang-undang terhadap penyebar foto

Agensi Song Yu Bin, Music Works mengesahkan dengan pihak media bahawa Song Yu Vin dan Kim So Hee pernah menjalin hubungan percintaan sebelum ini tapi mereka sudah lama berpisah.

Apabila ditanya tentang penyebaran gambar tersebut, jurucakap agensi itu berkata, “Ya, sah mereka sudah berpisah.” Agensi juga tidak akan berkompromi terhadap cubaan mengganggu privasi artis-artis di bawah jagaannya.

Foto yang dikatakan Song Yu Bin mengucupi Kim So Hee.
Song Yu Vin sebagai model pelakon di dalam MV nyanyian Kim So Hee.

“Kami akan melindungi artis-artis kami daripada tohmahan dan fitnah serta akan mengambil tindakan undang-undang tanpa amaran,” tambah jurucakap agensi itu lagi.

Song Yu Vin dan Kim Koo Heon akan mengeluarkan single duet mereka, ‘Blurry’ pada hari ini pada jam 6 petang nanti.

Sumber: OSEN

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.