/Adakah Ahn Jae Hyun punca pengambaran musim terbaru ‘New Journey To The West’ ditangguhkan?

Adakah Ahn Jae Hyun punca pengambaran musim terbaru ‘New Journey To The West’ ditangguhkan?

Masih lagi berkaitan dengan kes Ahn Jae Hyun sehingga dikhabarkan pengambaran rancangan variety kesukaan ramai “New Journey To The West’ ditangguhkan.

Pada 24 Ogos, portal berita Star News melaporkan, menurut satu sumber dalaman, rancangan  “New Journey To The West” sepatutnya memulakan pengambaran musim ketujuhnya pada separuh kedua tahun ini. Bagaimanapun program variety ini dikatakan telah menangguhkan perancangannya untuk memulakan pengambaran.

Menurut laporan tersebut, keputusan untuk menangguhkan penggambaran tidak sepenuhnya berkaitan dengan berita penceraian Ahn Jae Hyun dan isterinya isterinya, Ku Hye Sun yang menjadi kontroversi kebelakangan ini. Sebaliknya, orang dalam industri menyatakan, beberapa peserta lain rancangan ini dikatakan sibuk kerana terikat dengan komitmen kerja mereka. Oleh sebab itu, produksi “New Journey To The West 7” mengambil keputusan untuk menanguhkan pengambaran. Pihak produksi juga dilaporkan dalam proses perbincangan mengenai bagaimana pengambaran musim baru akan dimulakan dan akan terus memeriksa jadual aktiviti para pesertanya untuk memastikan mereka bersedia sepenuhnya.

Jurucakap tvN menyatakan, “Tiada apa yang dapat diputuskan dari segi penggambaran untuk ‘New Journey to the West 7’ atau barisan pesertanya.”  Saat ditanya mengenai tuntutan terbaru untuk menyingkirkan Ahn Jae Hyun daripada program itu, jurucakap menambah, “Pada masa ini, kami tidak boleh mengesahkan apa-apa mengenai program tersebut.”

Ahn Jae Hyun telah menjadi peserta siri rancangan “The Journey To The West” sejak 2016, di mana dia disayangi ramai kerana imejnya sebagai seorang suami yang ‘loving’ dan memiliki visual gila-gila, sedikit matang dan kadang-kala comel dalam menyerikan rancangan itu.

Sumber :  Starnews

Komentar

comments

loading...