/‘So Long’ Paul Kim dinobatkan sebagai juara carta Gaon minggu ini; Tiga lagi lagu OST Hotel Del Luna lain turut mendominasi

‘So Long’ Paul Kim dinobatkan sebagai juara carta Gaon minggu ini; Tiga lagi lagu OST Hotel Del Luna lain turut mendominasi

‘So Long’, OST kesepuluh drama tvN Hotel Del Luna nyanyian Paul Kim, telah menjuarai carta mingguan digital Gaon bertarikh 22 Ogos 2019 pada minggu ini, mengambil tempat yang pernah disandang oleh Gummy dengan ‘Remember Me’, juga OST ketujuh drama tersebut pada carta Gaon minggu lepas.

‘So Long’ bukan saja meraih jualan digital tertinggi, malah mendapat kedudukan pertama untuk carta BGM dan juga ‘download’. Selain ‘So Long’, tiga lagi lagu OST Hotel Del Luna turut mendominasi top 5 tertinggi carta mingguan digital Gaon minggu ini, iaitu ‘Remember Me’ oleh Gummy, ‘Can You Hear Me?’ oleh Ben dan ‘A Poem Titled You’ oleh Taeyeon masing-masing menduduki no.2, no.3 dan no.4. Malah, ‘A Poem Titled You’ dan ‘Can You Hear Me?’ juga pernah meraih no.1 carta mingguan Gaon sebelum ini.

Keratan MV lagu ‘So Long’ dendangan Paul Kim yang dihasilkan oleh peminat.

Paul Kim pernah menghasilkan lagu OST yang popular seperti ‘Every Day, Every Moment’ yang dimuatkan sebagai OST drama SBS Shall We Kiss First? pada tahun 2018. Lagu ini berjaya merangkul OST terbaik di dalam Melon Music Awards dan Golden Disk Awards. Malah, single ‘Me After You’ dendangannya juga telah membuktikan kredbilitinya selaku artis solo bergenre balad yang terbaik sehingga diangkat sebagai pemenang daesang di dalam M2 X Genie Music Awards baru-baru ini.

Sumber: sport donga

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.