/Baekhyun cipta sejarah jualan album solo tertinggi hampir dua dekad; tinggalkan Kang Daniel jauh ke belakang

Baekhyun cipta sejarah jualan album solo tertinggi hampir dua dekad; tinggalkan Kang Daniel jauh ke belakang

Byun Baekhyun daripada kumpulan EXO, mencipta sejarah di tanah airnya tersendiri apabila meraih kutipan jualan album solo tertinggi sejak hampir dua dekad dengan jumlah terkumpul sebanyak 508k unit, menurut Gaon.

Pencapaian album solo debutnya itu yang dinamakan sebagai ‘City Lights’ telah jauh mengatasi pencapaian dibuat oleh Seo Taiji menerusi album ‘7th Issue’ pada tahun 2004 dengan 482k unit terjual dan Kang Daniel menerusi ‘Color on Me’ yang dilancarkan dua minggu selepas albumnya dengan 359k unit terjual serta pernah mendahului pencapaiannya sekejap sebelum ini.  Walaubagaimanapun, Baekhyun masih belum memintas rekod yang dibuat oleh kebanyakan penyanyi solo sebelum tahun 2000-an seperti Jo Sung Mo, Lee Moon Sae, Kim Gun Mo, Shin Seung Hun, Seo Taiji dengan album masing-masing lebih satu juta unit terjual.

‘City Lights’ pernah menduduki no.1 sekali lagi pada carta mingguan album Gaon pada minggu lepas sebelum diturunkan oleh NCT Dream dengan album mini ketiga mereka yang terbaru, ‘We Boom’ pada carta Gaon minggu ini. ‘City Lights’ menghasilkan single ‘UN Village’ yang masih lagi mendominasi kedudukan pertama di beberapa ‘music shows’ terkemuka, membuktikan populariti semasa lagu ini dalam mengejar pencapaian dibuat oleh album memuatkannya.

Sumber: news1 , Gaon

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.