/Jimin BTS & Ong Seung Wu sanggup datang ke konsert Ha Sung Woon walaupun begitu sibuk

Jimin BTS & Ong Seung Wu sanggup datang ke konsert Ha Sung Woon walaupun begitu sibuk

Ha Sung Woon yang baru mengadakan konsert solonya, berterima kasih kepada Jimin BTS dan Ong Seung Woo kerana kedua-dua orang kawan baiknya itu sanggup melapangkan masa semata-mata untuk menonton konsert solonya.

“Saya diberitahu mereka sibuk. Walaupun begitu, saya gembira kerana dapat tonjolkan persembahan solo kepada kawan-kawan,” katanya selepas diberitahu dua orang kawan baiknya itu mengunjungi konsertnya. Ha Sung Woon dan Ong Seung Wu merupakan mantan ahli Wanna One manakala Jimin dan Ha Sung Woon telah berkawan lama sejak Ha Sung Woon berkecimpung dalam Hotshot lagi. Sejak Wanna One terbubar pada awal Januari 2019 lalu, Ha Sung Woon telah kembali ke dalam kumpulan asalnya, Hotshot tapi beliau dilihat lebih banyak bergiat aktif secara solo.

Foto Jimin & Ha Sung Woon keluar makan bersama. Kredit kepada Kpopmap,.

Ha Sung Woon telah mengeluarkan album mini keduanya, ‘BXXX’ dengan single ‘BLUE’ pada 8 Julai 2019 lalu, sebagai susulan kepada album solo pertamanya, ‘My Moment’ pada 28 Februari 2019 lepas.  Beliau juga akan menyertai program realiti tv “We Play” bersama dengan Kang Ho Dong dan Haha berkisarkan tentang permainan virtual AR.

Sumber: xsportnews

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.